Video| Anak Shuib tak nak ada ibu tiri! Buat habiskan duit sahaja! Anak-anak akan jadi miskin!
Published byANAK ketiga pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, Ariq Matin, 7, memberi jawapan terus terang dan tidak mahu ibu tiri dengan alasan wanita itu hanya inginkan wang bapanya dan akan membuat anak-anak menjadi miskin.
Jawapan terus terang Ariq Matin itu dimuat dalam Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin semalam, 1 Februari 2022.
IG Siti Sarah masih dihidupkan dengan memuatkan cerita anak-anak Allahyarham.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Shuib bersama anak ketiga, Afiq Matin.
Sementara itu dalam Instastorynya, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin.
"Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?" tanya Shuib.
Pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan mengatakan yang dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti. "Matin akan teringat, akan rindu daddy," jawab Matin.
Shuib menenangkan anak keduanya yang menangis ketika menziarah pusara Siti Sarah
Shuib turut memuatkan video kunjungannya dan anak-anak ke pusara Siti Sarah baru-baru ini, setelah tujuh bulan kepulangan Allahyarham ke negeri abadi.
Dalam video itu anak keduanya, Dzahira Talita Zahra, sebak menangis kerana kerinduan dan terpaksa ditenang oleh Shuib.
Video-video anak-anak Shuib ini mengundang reaksi sedih dalam kalangan netizen.
Shuib pernah berkata akan mencari isteri baharu jika mendapat restu daripada anak-anak dan ibunya.
Mendengar jawapan spontan Ariq Martin itu nampaknya membuat Shuib semakin sukar mencari isteri baharu. Shuib dikenali cukup rapat dengan anak-anak dan sentiasa memenuhi keinginan mereka.
Jika anak-anak sukar untuk mempunyai ibu tiri, Shuib mungkin akan hidup sendirian hingga ke akhir hayat. Shuib sedang mengenali lebih dekat wanita yang dijodohkan oleh ibunya.
Peminat seni tanah air sentiasa menunggu khabar baik jodoh baru Shuib.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, menjadi duda setelah kematian Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan virus Covid-19 dan sempat melahirkan anak keempat, Ayash Affan.
Hasil perkahwinan pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. - KitaReporters