Baru melahirkan anak keempatnya dan dalam tempoh pantang, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal, 30, dilihat memandu kereta dan memakai kasut tumit tinggi bagi melihat perjalanan pejabatnya Wawa Cosmetics dan melihat stok minyak wanginya, Wawa Eau Da Parfum yang bakal dipasar tidak lama lagi.

Wawa yang nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin memuat naik video dalam Instagramnya @w4w4_zainal, dia memandu dan pergi ke pejabat pada Rabu, 8 Disember 2021 lalu dengan kasut tumit tinggi bagi melihat stok minyak wanginya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bersalin

Aksi Wawa yang dirakam dalam Instagramnya @w4w4_zainal


Wawa Zainal baru sahaja melahirkan cahaya mata keempat pada 30 November 2021 lalu.

Ini bererti Wawa baru 8 hari melahirkan dan masih dalam pantang ketika melakukan perkara itu. Mengikut kepercayaan dan amalan orang tua-tua, Wawa perlu melalui tempoh berpantang tidak kurang 40 hari


/

Wawa dikucup Airel selepas melahirkan anak keempatnya.

Antara komen netizen dalam Instagram Wawa

Tindakan Wawa yang melanggar pantang itu mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Rata-rata mereka memainkan peranan ‘makcik bawang’ dengan mengecam tindakan Wawa yang tidak mengamalkan cara pantang masyarakat Melayu. Di samping itu, ada juga yang kagum dengan tubuh badan Wawa yang langsing biarpun baru sahaja melahirkan anak.


Wawa berjalan menuju kilangnya dengan kasut tumit tinggi

Menerima pelbagai reaksi daripada warganet, Wawa menjawap komen para netizen itu menerusi sebuah hantaran dalam Instagram Storiesnya. 

Menurut Wawa, setiap wanita mempunyai kondisi badan yang berbeza. Malah katanya, dia masih berada dalam keadaan baik.Tambahnya, dia kembali berpantang sejurus sampai di rumah.

Dalam pada itu, Wawa dan suami Aeril Zafrel belum mengumumkan nama bayi mereka kepada umum.

Aeril dan Wawa yang berkahwin pada 25 Februari 2012  sudah mempunyai tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,7; Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5; dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. - KitaReporters


22
14
0
13
0

Copy Link: