Video| Nak tahu cara mudah basuh pinggan, cawan kotor? Abang ni bagi tip terbaik! Jom follow!
Published bySELALUNYA selepas sahaja makan, pasti ada antara kita berebut untuk tidak membasuh pinggan, sebab malas, maklumlah pinggan terlalu banyak jadi faham-fahamlah masalah utama dalam sesebuah rumah.
Namun tular sebuah video dalam TikTok untuk anda yang nak memudahkan kerja harian, iaitu membasuh pinggan mangkuk.
Sekali tengok, betul ke ia memudahkan kerja kita semua?
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan membasuh
Namun, lelaki ini dilihat meletakkan pinggan dan cawan yang kotor ke dalam mesin basuh separa (semi) automatik untuk membasuh pinggan dengan cara yang paling mudah.
Malah, lelaki ini juga meletakkan sabun serbuk ke dalam mesin basuh. Setelah itu menekan suis on sama sepert sedang membasuh pakaian.
"Cara mudah basuh pinggan. Korang je yang buat-buat susah," kata lelaki itu.
Video ini telah tular dalam Tiktok menyebabkan ramai warga maya yang respons. Mereka semua terhibur dan tidak terfikir langsung idea daripada lelaki ini.
Tip ini nampak macam berguna!!
Walau apapun, terima kasih kongsikan tips berguna ini, abang! Boleh basuh pinggan dan gelas kaca tak, abang?? - KitaReporters