Nur Fazura Sharifuddin, 38, iaitu pelakon, penyanyi dan usahawan popular, mengejutkan orang ramai yang berniaga dan berkunjung ke pasar popular di Kota Bharu, Kelantan iaitu Pasar Siti Khadijah yang dipenuhi peniaga wanita baru-baru ini apabila melihat selebriti popular ini berniaga di salah satu gerai di pasar itu.

Walaupun muka Fazura masih tertutup dengan pelitup muka kerana Covid-19, namun terdapat sejumlah masyarakat mengenali kehadiran selebriti ini menyebabkan gerai menjual sayur-sayuran segar tempat dia berniaga menerima banyak kunjungan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Fazura

Orang ramai hampir tak percaya Fazura berjualan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.
Sebahagian pengunjung hampir tidak percaya bahawa wanita yang beniaga itu adalah Fazura.

Fazura berjaya merealisasikan impian peribadi untuk bergelar peniaga ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video dalam YouTube MyFazura, Fazura berkongsi pengalaman menjual sayur-sayuran segar di salah satu kedai yang dikunjungi.

Dalam hantaran video berkonsepkan realiti berjudul ‘Fazura ke Pantai Timur’ yang dilancarkan pada Jumaat, 1 Julai 2022 lalu dalam Fazura Youtube Channel, isteri kepada pelakon, penyanyi  Fattah Amin ini berkongsi perjalanannya ke rumah jurumekap peribadinya bagi merasai pengalaman menyambut Hari Raya Aidiladha di Kelantan.

Selama ini umum mengetahui bahawa masyarakat di Kelantan menyambut Hari Raya Aidiadha dengan lebih meriah daripada negeri lain.



Video  berdurasi 26 minit itu turut menyaksikan perjalanan Fazura melakukan beberapa aktiviti menarik di Kelantan.

Antaranya Fazura mengunjungi salah satu masjid terkenal iaitu Masjid Ar-Rahman dan Pulau Nami yang terkenal dengan kecantikan pokok rhu serta menyantuni beberapa keluarga susah di sana.

Fazura turut mengambil peluang menyaksikan persembahan wayang kulit dan berpeluang menjadi tukang karut satu persembahan dikir barat. - KitaReporters


10
8
0
10
1

Copy Link: