Berita Terkini| Laila Nasir pula positif Covid-19! Selepas Farisha Irwayu dan Sweet Qismina!
Published byPELAKON Laila Nasir mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan virus Influenza B sejak Khamis, 22 April 2021. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelakon yang berusia 51 tahun itu menerusi Instagram miliknya.
Pelakon yang
terlibat dengan pembikinan drama Kiblat Yang Hilang itu sedang menerima rawatan
di Hospital KPJ Ampang Puteri, Selangor.
“Hari
ini hari kedua saya berada di hospital dan menerima rawatan. Doakan saya baik,”
katanya yang dipetik oleh Kosmo, Jumaat, 23 April 2021.
Sebelum ini, tular dua pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina dan Farisha
Irwayu turut positif Covid-19.
Sweet kini sedang dikuarantin dan mendapatkan rawatan di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak manakala Farisha pula masih dirawat di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang.
Sebelum ini tular dua pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina dan Farisha Irwayu turut positif Covid-19. - Kredit foto: myinfotaip.com
Drama Kiblat Yang Hilang ditayangkan sempena Ramadan mulai 12 April 2021 lalu di Awesome TV setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam.
Tahun lalu, beberapa selebriti tanah air, antaranya, Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Aeril Zafrel dan Aprena Manrose turut disahkan positif Covid-19. – KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter