Mat Dan sedih tak boleh solat Jumaat! Darah saya merah juga!
Published bySELEBRITI popular, Mat Dan atau nama penuhnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah berkongsi perasaan sedihnya kerana tidak dibenarkan solat Jumaat. Menurut selebriti yang berasal dari England ini, dia dihalang dari memasuki masjid untuk menunaikan solat Jumaat oleh anggota RELA yang bertugas disebabkan dia bukan warganegara. : KitaReporters
Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Mat Dan meluahkan kesedihannya itu dalam Instagramnya menerusi satu video.
Kejadian yang berlaku pada hari ini, Jumaat 17 Julai 2020 itu memberi kesan yang mendalam terhadapnya.
Malah, kelihatan Mat Dan sebak kerana kecewa tidak
dapat menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan rumahnya di Bukit Antarabangsa,
Selangor.
“Bukan warganegara. Minta pandangan anda semua,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, dalam video yang dikongsinya, Mat Dan
menjelaskan seawal jam 12.00 tengah hari dia keluar dari rumah menuju ke masjid
untuk solat Jumaat.
“Assalamualaikum! Saya agak sedih hari ini. Pukul 12.00 saya keluar dari rumah saya di Bukit Antarabangsa tetapi abang RELA tak bagi masuk.
"Bukan disebabkan tidak mengkuti SOP tapi sebab bukan warganegara.
“Kita orang pergi Makkah, kat situ semua warna kulit ada. Semua warganegara ada. Pada pandang Dia, kita tetap sama. Darah saya warna merah juga. Tak kiralah hidung mancung atau kepek, kulit putih atau hitam, semuanya sama pada pandangan Dia. Saya sedihlah sebab tak dapat masuk,” luahnya sebak.
Manakala netizen pula memohon agar Mat Dan bersabar.
Memandangkan wabak COVID-19 masih belum lagi putus, arahan tersebut sangat berpatutan untuk menjaga kesalamatan semua orang.
“Mohon abang Mat Dan jangan sentap. Warganegara pun ada yang tak dapat solat Jumaat juga sebab tak dapat jemputan.
"Kalau kita pegi Masjidil Haram pun belum tentu dapat masuk dalam waktu sekarang ni. Ini pandangan saya,” tulis salah seorang netizen.
Manakala seorang lagi netizen memberitahu besar
ganjaran kalau bersabar.
“Bersabarlah. Besar ganjaran Mat Dan hari ini. Moga dipermudahkan nanti. Mana tahu ada rezeki dekat masjid lain,” ujar netizen tersebut.
Pada Jun 2020 lalu, Menteri Kanan (Keselamatan),
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran mendirikan
solat berjemaah dan solat Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada
warganegara sahaja.
Justeru, bukan warganegara atau warga asing tidak dibenarkan untuk solat jemaah atau Jumaat di masjid sehinggalah keadaan stabil. - KitaReporters