Video| Tahniah Aina Abdul! Wajah terpampang di billboard! Di Times Square NY! Di seluruh negara!
Published byImpian jadi kenyataan. Wajah selebriti Aina Abdul, 28, kini terpampang di sejumlah tempat di Malaysia.
Dan pada masa yang sama, wajah penyanyi bersuara emas ini turut terpampang di sebuah tempat berprestij iaitu di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aina Abdul
"Still finding words to describe this precious moment! Thank you team who made it possible with me! To be on board with some of the best female musicians for the EQUAL campaign still feels surreal to me! To another milestone!
Aina atau nama sebenarnya Nur Aina Abdul Ghani, berkata, dia dipilih bagi menjayakan kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify itu dan menyifatkan ia perkara yang membanggakan.
"Kejayaan ini adalah berikutan kerjasama bersama syarikat pengedaran saya, Believe Music. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu, saya bekerjasama dengan Believe Music untuk mengeluarkan lagu-lagu saya.
"Dari lagu Reminiscing, Shadow, semuanya diedarkan oleh Believe Music. Jadi bersama Believe Music, saya pun turut terpanggil untuk membabitkan diri menerusi kempen Equal. Saya dipanggil untuk isi borang dan sebagainya.
"Alhamdulillah, akhirnya saya dipilih bulan ini sebagai salah seorang duta untuk kempen Spotify. Jadi saya sangat bersyukur sebab berasakan kempen ini, sangat baik kerana ia dapat mengetengahkan bakat wanita dalam bidang muzik terutama dari Asia.
"Pendedahan ini baik untuk kami dikenali di sekitar dunia. Walaupun ia hanya sebulan, tapi saya berasakan peluang ini adalah peluang yang susah nak dapat.
"Terima kasih Believe Music. Terima kasih juga kepada Spotify kerana memilih saya. Dan juga kepada Ainations, kerana sebab merekalah jumlah penstriman lagu saya di Spotify nampak cantik. Terima kasih Ainations juga sebab selalu mendengar muzik-muzik saya," katanya.
Sementara itu Aina Abdul turut terharu selepas wajahnya kini terpampang di papan-papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.
Ia susulan syarikat produk penjagaan wajah tempatan, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) telah menyambung kolaborasi bersama Aina untuk tahun yang kedua.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, bermula sebagai pengguna rangkaian produk penjagaan wajah Truskin di bawah jenama Trulooks, Aina terus menjadi wajah pilihan syarikat itu. - KitaReporters
/