PELAKON popular, Zul Ariffin, 35, hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 22 Mac 2022 untuk memberi kenyataan berhubung tindakannya memuat naik video babak panas dan kontroversi dalam drama 'Perempuan Itu’ lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa dalam akaun Instagramnya, baru-baru ini.

Dia berharap isu yang memanas itu akan segera berakhir.
Lagi cerita-cerita panas berkaitan Zul Ariffin



Zul yang hadir bersama beberapa individu berada di ibu pejabat SKMM sejak jam 10 pagi. Dan meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Pelakon tersebut enggan menjawab atau membalas mesej WhatsApp daripada pihak media. Dia cuma memuat naik berita dia memberi keterangan kepada SKMM berhubung video panas berkaitan.

"Hari ini, Saya sudah memberi kerjasama penuh kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk 'Perempuan Itu'," tulisnya ringkas.


Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin, 21 Mac 2022 menerusi akaun Twitternya berkata, Zul akan disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berhubung perkara kontroversi terbabit. 

Proses undang-undang berjalan. Pelakon Zul Arifin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana ‘posting’ Instagram yang menyalahi undang undang,” tulisnya dalam Twitter.

Dalam hantaran yang sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada pada bulan Ramadan atau bulan-bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Sementara itu, SKMM mengesahkan  Zul Ariffin hadir di ibu pejabatnya di Cyberjaya, pada Selasa, 22 Mac 2022.

Pegawai SKMM mengambil keterangan pelakon itu ekoran  tindakannya memuat naik video babak panas dalam drama ‘Perempuan Itu’ lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa dalam Instagramnya, baru-baru ini.


/


Nama Zul Ariffin menjadi panas selepas babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk drama ‘Perempuan Itu’ untuk siaran bulan Ramadan TV3 baru-baru ini tular.

Perkara  itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Video yang bertujuan untuk promosi drama itu telah dipadamkan dari akaun media sosialnya.

Bagaimanapun ia sempat dimuat naik sejumlah netizen menyebabkan video itu kini tular dan trending. - KitaReporters


11
10
0
9
0

Copy Link: