RM72,000 jadi habuan! Cabaran Duo-Lebuh Raya IJM-Allianz! 10k pelari disasarkan! Maraton lebuh raya!
Published byLEE Chun Fai (kiri) dan Sean Wang menggayakan isyarat bagus dalam sidang media Cabaran Duo-Lebuh Raya IJM Allianz (IADHC) 2024 di Wisma IJM, Petaling Jaya. - Kredit foto IADHC
DISASARKAN 10,000 peserta dengan ditawarkan habuan hampir berjumlah RM72,000!
Dengan enam
jarak kilometer yang merangkumi 15 kategori, apa lagi yang tidak menariknya
tentang Cabaran Duo-Lebuh Raya IJM Allianz (IADHC) 2024?
Inilah yang menanti dan menggamit dalam acara larian maraton penuh lebuh raya yang pertama di Malaysia pada 8 September 2024 yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE) dan Lebuh Raya Besraya.
Edisi keenam IADHC buat kali pertamanya juga digabungkan dalam satu acara sahaja berbanding dilangsungkan dalam hari-hari yang berasingan, lapor satu siaran media 21 Jun 2024.
EUGENE Chan menunjukkan peta laluan IADHC 2024 yang menghubungkan Lebuh Raya Besraya dan NPE pada 8 September 2024. - Kredit foto: IADHC
“Angka penyertaan dan populariti perlumbaan larian ini didapati semakin meningkat sejak diperkenal pada 2017.
“Tahun ini penganjur bersama, Besraya (M) Sdn. Bhd., NPE Sdn. Bhd. dan EX Pixels Asia menjangkakan 80 peratus daripada penyertaanya ialah pelari tempatan manakala 20 peratus lagi kalangan warga asing.
“Para peserta akan berpeluang berlumba maraton penuh sejauh 42.195 kilometer dan satu lagi yang baru diperkenalkan iaitu 1.5 km kategori Remaja bagi umur lapan hingga 13 tahun,” tambah siaran berkenaan.
Menerusi IADHC 2024, gandingan penajanya, IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad bertekad untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan memastikan sukan larian ini berlangsung secara selamat dan memuaskan para peserta.
Selain penutupan penuh kedua-dua lebuh raya bagi menjamin keselamatan ribuan peserta IADHC 2024, penganjur turut akan menyediakan pasukan perubatan kecemasan yang khusus dan terlatih secara profesional serta mengikuti rapat pergerakan mereka.
KUMPULAN Pacers yang diperkenal dalam IADHC 2024 dan ditugaskan untuk membantu para peserta menyasarkan catatan peribadi terbaik mereka. - Kredit foto: IADHC
Selain maraton dan larian 1.5 KM, terdapat juga perlumbaan separuh maraton (21 KM) dan larian 10 KM yang terbahagi kepada Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka, Veteran Lelaki dan Wanita mulai 15, 16, 18 hingga 39 dan 40 tahun ke atas, 5 KM (Larian Ria) dan 21 KM (Cabaran Kelab – mengandungi tiga peserta, seorang wajib wanita secara jemputan).
“Pendaftaran penyertaan sudah dibuka pada 18 April 2024 lalu dan akan ditutup pada 31 Julai 2024,” lapor siaran itu lagi.
"Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman para peserta setiap tahun dan pastinya kali ini kami menantikan penyertaan pelari-pelari yang teruja untuk merasainya," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM, Lee Chun Fai dalam siaran tersebut.
CEO Allianz, Sean Wang pula berkata, "kami bersemangat untuk menampilkan cabaran yang dinamik dan tersendiri ini bagi menyemarakkan semangat daya saing para peserta. Ayuh pastikan cabaran tahun ini kekal sebagai yang paling bertenaga dan memberi impak!”
Sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat, IADHC 2024 juga akan menyumbangkan sejumlah kutipan yuran penyertaan kepada Persatuan Pelari Anak Luar Biasa – sebuah badan bukan kerajaan yang menawarkan kegiatan larian terapeutik bagi keluarga dengan anak-anak yang mempunyai keperluan khas. - KitaReporters
LEE Chun Fai (kanan) menayangkan replika sumbangan kepada Persatuan Pelari Anak Luar Biasa. - Kredit foto: IADHC