Video| Pelakon kacak kena serbu! Dicium, dipeluk saat bertemu peminat! Paling over kaum emak-emak!
Published byKalau perkara ini berlaku di Malaysia, sudah pasti akan dikecam berhari-hari sehinggalah isu baharu pula mengambil alih. Tapi rasanya peminat-peminat di Malaysia lebih sopan dan beradab apabila berhadapan dengan artis kegemaran.
Habis melampau pun hanya menjerit-jerit seperti dirasuk terutama kalau artis tersebut dari Korea Selatan. Itu pun berbakul-bakul kena kecam dalam media sosial.
Begitulah ketaksuban anak-anak muda terhadap artis kesukaan mereka. Ia bukan berlaku di Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia.
Namun, perlu disedari, sebagai orang Islam, berhati-hatilah dalam setiap tindakan. Tidak salah meminati atau mengidolakan seseorang tetapi jangan berlebihan.
Perkara yang berlaku ke atas para peminat di negara jiran, Indonesia ini boleh diambil iktibar dan pengajaran.
Seorang pelakon terkenal Indonesia, Verrell Bramasta Fadilla Soedjoko atau lebih dikenali sebagai Verrell Bramasta, 27, berkongsi video di mana dia bertemu peminat di sebuah daerah di Indonesia. Dikhabarkan juga Verrell kini aktif berpolitik.
“Saranghaeyo, sampai bertemu lagi ibu-ibu,” tulisnya.
Aksi luar biasa peminat di Indonesia menunjukkan sokongan dan minat mereka terhadap artis kesukaan.
Sebagai artis dikenali ramai, sudah tentu dia akan dikerumuni oleh para peminat. Kehadirannya mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat di sana.
Namun yang menariknya kebanyakan peminat terdiri daripada golongan wanita pertengahan umur atau golongan emak-emak. Gelagat mereka mengalahkan orang muda.
Dalam video tersebut kelihatan Verrell memakai baju biru beramah-mesra dengan para peminat. Jelas kelihatan dalam video berkenaan, dia dikerumun, dicium dan dipeluk oleh peminat pertengahan umur ini.
Bayangkanlah, kalau ia berlaku di Malaysia, pasti peminat-peminat ini akan dikecam kerana perbuatan tersebut dilihat keterlaluan apatah lagi masing-masing beragama Islam.
Bagaimana reaksi artis Malaysia kalau diperlakukan sebegini oleh peminat?
Paling tidak boleh diterima, masing-masing berebut-rebut dan saling tolak-menolak untuk memeluk dan mencium Verrell. Apakah mereka tidak mempunyai suami dan anak-anak?
Agak memeranjatkan juga melihat reaksi Verrell yang tidak sedikit pun menolak perbuatan para peminatnya itu.
Video tersebut mendapat reaksi daripada netizen terutama dari Malaysia, mereka agak terperanjat melihat gelagat berlebihan peminat pertengahan umur ini.
“Makcik kawal perasaan, kawal perasaan,” tulisnya.
Sementara itu ada juga netizen menegur sikap pelakon
tersebut yang hanya melayan gelagat para peminat.
“Yang lelaki pun melayan sikap emak-emak,” tulisnya.
Cuba bayangkan kalau para peminat lelaki bersikap sebegini terhadap artis wanita. Percayalah terus akan ditangkap dan didakwa kerana mencabul atau melakukan gangguan seksual.
Berpada-padalah menyanjung sesama manusia. - KitaReporters