Barakah yang barakah! Barakah Malaysia bantu Madrasah Lukmanulhakeem School! Di Yaha, Pattani, Thai!
Published byPertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia (Barakah Malaysia) telah menyampaikan sumbangan 111 naskhah al-Quran kepada Pengurusan Madrasah Lukmanulhakeem School di Yaha dalam Wilayah Pattani, Thailand pada 9 Ogos 2022 lalu.
Pengerusinya Lukman Moidin berkata, sumbangan itu adalah daripada ahli pertubuhan serta rakyat Malaysia yang sentiasa menghulurkan sumbangan melalui pertubuhan ini yang bergerak bagi membantu masyarakat di dalam dan luar negara.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara Thailand
Lukman Moidin (belakang, empat dari kanan) bersama pelajar Madrasah Lukmanulhakeem School di Yaha dalam Wilayah Pattani.
“Bukan sahaja penerima yang gembira dengan sumbangan yang disampaikan malah penyumbang juga melahirkan kegembiraan kerana dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui pertubuhan ini,” ujarnya ketika dihubungi.
Beliau yang disertai Bendahari Barakah, Rafed Ismail dan beberapa ahli sentiasa menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mana-mana pertubuhan atau orang perseorangan yang memerlukan bantuan terutama golongan bekas pendidik dan sebagainya.
Katanya pertubuhan ini bergerak aktif dalam menyusun serta melaksanakan program motivasi kerjaya serta aktiviti pendidikan bagi melahirkan warga pendidik yang matang dan berwibawa bagi melahirkan generasi yang berkualiti sekali gus menyumbang ke arah kemajuan negara.
Bagi golongan yang memerlukan perhatian seperti Orang Kurang Upaya OKU), asnaf, golongan terabai oleh keluarga, teraniaya, buta huruf dan sebagainya pertubuhan ini akan mengerakkan bantuan segera dengan sokongan masyarakat di negara ini.
“Kami amat berharap sumbangan-sumbangan yang disampaikan ini bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan tetapi memperbanyakkan lagi golongan masyarakat yang ingin membantu tetapi tidak tahu untuk menyalurkannya,” ujarnya lagi.
Moga sumbangan al-Quran ini dapat membantu masyarakat di Yaha, Wilayah Pattani ini kelak. - KitaReporters