Video| Ada mulut puaka! Buli Noralbaniah kerana nampak tua! Yang penting sihat! Muka boleh repair!
Published byDah tahu ke Malaysia merupakan negara ke-5 di dunia yang kuat buli siber mengikut kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS)? Nak bangga atau malu?
Orang kita selalu menuding jari ke negara tetangga tapi sebenarnya dalam diam, kita yang kaki buli. Jangan pandang ringan hal ini kerana ia mampu menjadi barah.
Malah, siber buli boleh menyebabkan mangsa tertekan, murung seterusnya bertindak mengakhiri nyawa sendiri. Justeru jauhi dan elak daripada melakukan siber buli teruma golongan muda yang lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar.
Antara yang sering menjadi siber buli ialah figura-figura terkenal seperti artis, selebriti dan pempengaruh kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai dalam media sosial.
Setiap tingkah laku, pasti ada mata yang memandang.
Sebagai artis dan selebriti, memiliki akaun media sosial peribadi sangat diperlukan untuk berinteraksi dan berkongsi perkembangan terbaharu bersama peminat. Namun, apa yang tidak enaknya apabila berlakunya siber buli.
Begitulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Noralbaniah, 54. Pelakon berasal dari Perak ini terkenal pada era 80-an dan 90-an.
Kejelitaan dan bakatnya dalam bidang lakonan, membuatkannya sering diburu penerbit dan pengarah drama serta filem satu ketika dulu.
Seperti mana artis lain, Noralbaniah atau nama penuhnya Nor Albaniah Raffie turut menggunakan media sosial untuk berinteraksi bersama para peminat.
Pelakon yang memulakan kerjaya lakonan seusia 19 tahun menerusi filem Kolej 56 ini sering berkongsi video dan gambar terbaharunya untuk tatapan peminat.
Namun, yang tak sedapnya apabila ada segelintir netizen melakukan siber buli berkenaan wajah Noralbaniah.
Bagi yang menegur tentang auratnya, itu tanda mereka sayang tetapi yang menegur wajahnya nampak tua, itu sudah kurang ajar namanya. Bukankah itu proses atau kitaran hidup normal bagi seorang manusia.
“Badan cantik,
muka jelahkan. Yang penting sihat tubuh badan,” komen salah seorang netizen.
Manakala seorang
lagi menegur tentang eyebag yang
ketara pada wajah Noralbaniah.
“Macam manalah dia ni tak gemuk-gemuk. Muka tu memang original cantik cuma eyebag je ketara sangat. Kekal sihat sis,” tulisnya.
Menghadapi komen-komen sedemikian tidak membuatkan
Noralbaniah mudah melatah. Walaupun jauh di sudut hati dia mungkin tergores, namun
Noralbaniah menjawab setiap komen tersebut dengan bersahaja.
Walaupun ada segelintir netizen yang bermulut puaka, namun masih ramai peminatnya yang menyokong dan mengagumi kecantikan semula jadi dimiliki Noralbaniah.
Biarlah muka nampak tua, asalkan tubuh badan sihat.