Video| Semoga bertemu jodoh! Pasang banner, edar flyers cari jodoh! Terima lebih 10k permohonan!
Published byBukan mudah untuk menemukan jodoh untuk hidup bersama-sama dengan kita sebagai pasangan suami isteri kerana banyak cabaran yang perlu ditempuhi sebelum menjadi satu perhubungan yang sah.
Untuk itu, seseorang perlu juga berusaha untuk mencari jodoh agar menemui yang sekufu dengan kita dan seluruh ahli keluarga.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk melakukan pencarian pasangan hidup. Tular seorang pemuda yang tekad mencari jodoh dengan menggantung banner di tepi jalan sehingga menjadi tumpuan ramai orang.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mencari jodoh
Video TikTok yang tular ini memperlihatkan pemuda ini sedang mengedarkan flyers dan juga menawarkan RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan teman hidup untuk dirinya.
Disebabkan usaha beliau, apa yang paling tidak disangka-sangkakan apabila beliau mendapat lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon isterinya dalam masa tiga hari.
Dia mendapat lebih 5,000 calon dalam WhatsApp dan meraih lebih 8,000 calon dlam Instagram serta mendapat lebih 1,000 calon dalam TikTok.
Malah, para netizen yang melihat posting pencarian pemuda ini agar beliau bertemu dengan yang terbaik dan menitipkan doa untuknya. - KitaReporters