Baru kenal tak sampai sehari! Dalam aplikasi media sosial! Pasangan kena tangkap khalwat di hotel!

Published by
KitaReporters

Kredit foto-foto: Pejabat Agama Daerah Kulim


MESKIPUN baru kenal tidak sampai sehari dalam aplikasi media sosial, namun dipercayai dengan 'ayat-ayat power' yang mengoda, seorang lelaki berjaya memikat hati seorang wanita sehingga dia sanggup bertemu dengan lelaki yang baru dikenali itu di sebuah hotel di Kulim, Kedah pada 26 Julai 2022 lalu.

Bagaimanapun, usaha lelaki tersebut yang berumur 24 tahun untuk memadu kasih dengan wanita terbabit tidak berhasil apabila mereka dicekup oleh Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kulim pada pukul 10.15 malam hari yang sama.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kesalahan khalwat



Ketika serbuan dibuat di hotel berkenaan, lelaki yang didapati sudah berkahwin dan berasal dari Perak itu sedang bersembunyi di bawah katil untuk mengelak daripada ditangkap oleh anggota penguat kuasa dari pejabat agama tersebut. Manakala wanita terbabit sedang berada di atas katil.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Said berkata, lelaki terbabit datang ke daerah itu kerana mempunyai urusan kerja sebelum bertemu dengan wanita itu di hotel berkenaan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap pasangan terbabit mendapati mereka gagal membuktikan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.



Mereka selanjutnya dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan sebelum pihaknya mengambil keterangan daripada lelaki dan wanita itu.
''Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 dan jika disabit kesalahan akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara ataupun kedua-duanya,'' katanya.
Anwar Shariffudin berkata, pihaknya akan sentiasa mengadakan operasi tersebut bagi mencegah kegiatan maksiat di daerah itu terutama di kawasan hotel atau premis-premis yang mudah pasangan berkenaan melakukan perbuatan maksiat. - KitaReporters

Kredit foto-foto: Pejabat Agama Daerah Kulim

14
14
0
10
1

Copy Link: