Video| Kalau dah jodoh! Syafiq Kyle dan Mimi Lana kembali bertaut! Nikah pada Hari Peringati Kekasih!
Published by.
Jodoh pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana memang kuat. Mula bercinta di lokasi pengambaran, pasangan pelakon ini kemudian bertunang dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Pembatalan pernikahan itu mengejutkan industri hiburan tanah air serta peminat kedua-dua pelakon berbakat ini.
Majlis akad nikah diadakan secara tertutup pada sebelah pagi dengan hanya beberapa anggota keluarga dan rakan yang hadir dalam acara yang berlangsung di kampung halaman Mimi Lana di Taiping, Perak.
Namun video majlis akad nikah tidak dimuat naik dalam Instagram kedua-duanya.
Terdahulu, Syafiq Kyle memberi bayangan hubungan cinta bersama Mimi Lana kembali berputik ketika ditemu bual bersama DJ Azad Jasmin dalam satu segmen di Radio ERA pada 15 Ogos 2024.
Sebelum majlis pernikahan Mimi Lana dilaporkan masih sibuk menjalani pengambaran beberapa drama TV.
Setelah berkahwin adakah Syafiq Kyle dan Mimi Lana akan berlakon bersama dalam drama atau filem? - KitaReporters