Juadah raya? Lagu raya? Momen 1 Syawal? Paling digemari atau dinanti? Ini respons penggiat sukan!
Published by
KITAREPORTERS mengajukan soal selidik secara ringkas kepada para penggiat dan pemegang taruh sukan Malaysia bersempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah pada 31 Mac 2025.
Berikut hasil soal selidik itu yang
berkaitan empat subjek iaitu juadah raya paling digemari, kuih raya paling
digemari, lagu raya paling digemari? Apakah momen yang paling dinanti-nantikan masing-masing
setibanya 1 Syawal ini?
Kesemua responden juga didapati masih
meminati lagu-lagu klasik raya dendangan penyanyi era 50-an sehingga 80-an sekalipun
sekian banyak lagu yang bertemakan Hari Lebaran yang tumbuh bagaikan cendawan
selepas hujan masa kini nyanyian artis generasi milenia.
Terima kasih daun keladi kepada mereka yang menyertai soal selidik ini malah sudi menyumbangkan gambar masing-masing yang segak dan tampan lengkap berbaju Melayu pada 1 Syawal 1446H.
JEFRI NGADIRIN
Bakal Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara
(MSN) 4 April 2025
1. Nasi impit kuah kacang.
2. Kuih gunting.
3. Balik Kampung (Sudirman Arshad).
4. Keluarga berkumpul.
SHA’ARI HASHIM
Bekas apit kanan/perejam dan kapten sepak
takraw negara
1. Lemang dan rendang.
2. Baulu.
3. Selamat Hari Raya (Datuk Ahmad Jais).
4. Selepas dua raya, cuti dan main golf.
DATUK NOORUL ARIFFIN ABDUL MAJEED
Mantan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet
Kebangsaan (Yakeb)
1. Ayam rendang.
2. Jem tart.
3. Balik Kampung (Sudirman Arshad).
4. Solat raya dan kunjungan anak-anak ke rumah.
DATUK MOHD. NASIR ALI
Bendahari Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
1. Rendang.
2. Kuih tart.
3. Selamat
Hari Raya (Puan Sri Saloma) dan Dendang Perantau (Tan Sri P. Ramlee).
4. Rumah terbuka.
MOHD. Sumali Reduan (kiri) dan keluarga tersayang termasuk isteri, Datin Naszriah (Anne) Ngasri (tiga dari kanan).
AYUB Rahmat diapit anak (kiri) dan isterinya.
DATUK AYUB RAHMAT
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM)
1. Ketupat.
2. Dodol.
3. Dendang
Perantau (Tan Sri P. Ramlee).
4. Jumpa adik beradik dan sahabat.
HAMDAN HASHIM
Mantan Penolong Setiausaha Persatuan Bola
Sepak Selangor (FAS)
1. Rendang ayam.
2. Kuih karas.
3. Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone).
4. Takbir raya.
MOHAMMAD Zulkarnain Mohamed Arif (kiri) dan keluarga tersayang.
MOHAMMAD ZULKARNAIN MOHAMED ARIF
Penolong jurulatih sepak takraw negara
1. Rendang ayam dan ketupat.
2. Tart nanas.
3. Balik Kampung (Sudirman Arshad).
4. Jumpa sanak saudara.
AZLAN JOHAR
Bekas penyerang Harimau Malaysia dan Selangor
1. Ketupat, sambal goreng masakan isteri, dodol dan rendang.
2. Kuih sugi dan kuih Arab.
3. Musafir Di Aidil Fitri (S. Jibeng).
4. Sanak saudara berkunjung ke rumah.
DATUK Mirnawan Nawawi (kanan) bersama-sama isteri, Datin Noorah Mokhsin (kiri) dan dua anak mereka.
DATUK MIRNAWAN NAWAWI
Bekas kapten dan penyerang hoki negara
1. Paru berlada resipi keluarga.
2. Kuih tart nanas.
3. Dendang Perantau (Tan Sri P. Ramlee).
4. Takbir raya rumah ke rumah di Kampung Banda Kaba, Melaka.
REDUAN ABDULLAH
Bekas perantara bola sepak Malaysia dan Selangor
1. Lontong.
2. Dodol.
3. Satu Hari Di Hari Raya (Datuk M. Nasir).
4. Berjumpa sanak saudara. - KitaReporters