Kami mahu tinggalkan legacy cara hidup orang Malaysia kepada dunia, kata Zainalabidin (dua dari kanan).


DATUK Zainal Abidin Mohamed (Zainalabidin) sudah ada track rekod yang gemilang ketika dia memulakan langkah untuk meninggalkan legasinya kepada penyanyi muda.

Bagi mereka yang berminat untuk menguasai bidang hiburan dengan pesanan supaya pelapisnya tidak lagi terhad untuk menyanyi kepada hanya 33 juta penduduk tetapi peminat mereka boleh melangkau bilion kerana kini sudah tidak ada  sempadan untuk meneroka bidang itu,

Katanya, kita jangan lagi fikir kerjaya ini setakat dalam negara, ada bilion penduduk dunia yang muzik juga tiada sempadan. 

Ambil peluang ini dengan membina jenama muzik menggunakan identiti sendiri dan yakin bahawa muzik yang hendak dipersembah itu tidak harus mewakili satu kaum sama ada Melayu, India atau Cina.

Kerana jika ditumpukan kepada kaum itu bilangan penduduknya sangat kecil sedangkan industri hiburan ini boleh membuat kita jadi kaya, popular, ramai peminat dan awet muda.



Zainal yang pernah menjadi trend setter dalam dunia hiburan dengan membawa isu kemanusiaan dan alam sekitar meminta pelapis baharu tidak meniru penyanyi lain dan mempunyai minda untuk mengembangkan lagu mereka tertumpu pada satu genre saja.

"Sebab itu saya berharap dengan ada Sound Spirit ZainalAbidin: The Legacy of Sound" ini akan menjadi permulaan kepada mahasiswa di gerbang ilmu untuk mengadunkan irama satu Malaysia dan menghasilkan lagu-lagu berentak tempatan tetapi diterima di seantero dunia," katanya.

Konsert Sound Spirit Zainal Abidin: The Legacy of Sound yang berbentuk hiburan berpendidikan (edutainment) yang pertama berlangsung di Kuala Lumpur Performing Art Centre (klpac) dengan ditaja oleh Kementerian Komunikasi, disokong oleh CIMB Bank dan Yayasan CIMB, MyCreative Ventures, dan diterbitkan oleh Afrozapin Network produksi milik Zainal. 

Turut diundang ialah penyanyi muda Pija Yasin. One Juicy salah seorang penari B-Boy terbaik Asia dan juara program realiti The Band turut menggamatkan penonton dengan aksi tarian.



"Kalu kita boleh kenal kereta buatan Korea melalui drama K-pop, begitu juga Hollywood dan Bollywood, Malaysia juga mampu menjana ekonomi dengan memperkenal irama lagu pelbagai kaum, penyanyi berbakat dan pemuzik terkenal," katanya yang turut menceritakan pengalamannya naik pentas menghiburkan pemain layar filem di Pesta Filem Cannes di Perancis, di depan 500 pemuzik dan diberi penghormatan pentas.

Sebagai menyahut usahanya itu, Zainal berkolaborasi dengan maestro muzik (pakar konduktor muzik) Michael Veerapen; perkusi ulung, Steve Thorton; jurutera bunyi Sunil Kumar dan beberapa lagi barisan menghibur dan berkongsi dengan lebih 300 pelajar daripada universiti terkemuka negara untuk memperlihat banyak peluang yang terbuka dalam pengajian dalam bidang muzik selain menjadi penyanyi.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaya (UM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Universiti USCI dan Universiti Lim KokWing berpeluang bersoal jawab dengan pemuzik-pemuzik mengenai peluang menyertai bidang muzik termasuk menjadi penulis lirik, pengandun muzik, konduktor muzik.



Zainal berpesan jika sudah melangkah ke bidang hiburan jangan anggap menjadi artis itu mudah. Dia sendiri mengambil masa 30-45 tahun dengan melalui latihan yang berdisiplin, passion (keghairahan) dan merempuh dugaan sejak umur lapan tahun sebelum bertapak kukuh dalam bidang musik.

Dia mengakui untuk mengekalkan populariti ialah dengan menampilkan idea "di luar kotak" seperti mana yang dilakukan pada awal kemunculannya termasuk semasa bersama Headwind. Dan waktu dia kembara seni secara solo dengan menampilkan isu termasuk menjaga alam sekitar menerusi lagunya Hijau dan isu kemanusiaan.

Zainalabidin antara penyanyi antarabangsa yang mendapat tumpuan pemuzik apabila menjalinkan kerjasama dengan produksi filem Tarzan dengan dia diberi peluang mengalunkan lagu tema alih bahasa dari Inggeris ke bahasa Melayu - Kau Di Hatiku yang dinyanyikan oleh Phil Collin.

"Sekarang 99 peratus orang ramai peka tentang alam sekitar. Malah agensi kerajaan sehingga swasta sudah ada minat untuk menjaga alam sekitar walaupun pelaksanaannya masih lagi banyak kena buat. 

"Saya dulu teringat menjadi perintis popularkan seluar jean berlipat, tali pinggang terjolor yang masa tu semua orang nak bergaya macam Zainalabidin dan apapun kritikan, kita kena jadi seorang yang sentiasa mendahului era semasa," katanya. - KitaReporters


 

15
15
0
21
0

Copy Link: