Video| Tolong kami! Bantu Ibnor Riza! Masih sakit dan keluar masuk hospital! Isteri rayu sumbangan!
Published byPenyanyi popular 1980-an, Ibnor Riza Ibrahim, 61, masih sakit dan keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu.
Ini menyukar kehidupan keluarga Ibnor Riza. Justeru si isteri, Sarimah Sulaiman, 51, merayu orang ramai membantu memberi sumbangan bagi mengurangkan penderitaan keluarga. Ia juga untuk menampung kos rawatan dan kos melawat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Ibnor Riza
Ibnor Riza kini dirawat di Hospital Port Dickson. Sebelum ini pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Sebelum sakit, Ibnor Riza mencari rezeki melalui kegiatan nyanyian sepenuh masa termasuk mengadakan persembahan di majlis-majlis peribadi atau eksklusif.
“Kami mohon doa daripada sesiapa yang mengenali Ibnor untuk diberi kesembuhan segera. Apabila Ibnor mula jatuh sakit, punca pendapatan utama kami terjejas. Kami berdepan pelbagai kesukaran.
“Saya memohon orang ramai untuk menghulurkan bantuan dalam apa cara dan bentuk sekali pun. Setidak-tidaknya usaha itu dapat mengurangkan beban kami sekeluarga. Sudah tiga bulan dia (Ibnor) sakit,” katanya kepada sebuah portal.
Ibnor baru-baru ini dikejarkan ke hospital selepas pengsan tiga kali. Dia terpaksa ditidurkan sebelum kembali sedar dan beransur stabil, namun masih dalam pemantauan doktor.
Pada Januari 2023 lalu, penyanyi ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas dan hampir pitam.
Penyanyi itu juga dilaporkan mengalami masalah kesihatan lain seperti menanggung pelbagai penyakit serentak seperti kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol tinggi.
Sarimah mengucap terima kasih kepada Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT) yang memberi bantuan bagi mengurangkan masalah kewangan kepada Ibnor.
Malah Presiden YKAT, Datuk DJ Dave dan anggota Lembaga Pengelola, Datuk Nash turut melawat Ibnor di hospital.
Untuk memberi sumbangan kepada Ibnor, orang ramai bolehlah menghubungi YKAT melalui talian 03-22763327 atau 019-9883172. - KitaReporters