Piala Dunia Hoki 2023: Masih pencapaian membanggakan! Tamatkan cabaran di kedudukan 13 terbaik dunia!

Published by
KitaReporters


Skuad bimbingan Arul Selvaraj menutup kempen Piala Dunia Hoki 2023 dengan berada di tempat ke-13 terbaik dunia selepas menewaskan Jepun 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ke-13 hingga 16 yang diadakan di Stadium Birsam Munda, India pada 28 Januari 2023. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala Dunia Hoki


Dalam perlawanan tersebut, pemain yang berada di prestasi terbaik, Shello Silverius membuka tirai jaringan pada minit kelapan hasil pukulan sudut penalti sebelum Kaito Tanaka menyamakan kedudukan pada minit ke-24. 

Pada suku ketiga, Seren Tanaka meletakkan Jepun di hadapan pada minit ke-32 namun dibalas dengan pantas oleh Shello bagi mengikat Jepun 2-2. 

Pemain muda negara, Shahmie Irfan Suhaimi menjadi watak penting apabila meledak jaringan ketiga dan ia merupakan jaringan kemenangan buat pasukan negara. 

Kemenangan ini membolehkan Speedy Tigers membaiki kedudukan edisi sebelum ini yang berada di kedudukan 15 daripada 16 pasukan. 

Shello yang memberi aksi terbaik dan menjadi nadi utama kemenangan telah dipilih pemain terbaik dalam perlawanan ini.  

Biarpun tidak berjaya melangkah jauh dalam kejohanan ini, pujian tetap diberikan kepada pemain kerana telah mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan ini dan hampir mengejutkan Sepanyol sebelum ini. 

Moga pasukan hoki negara akan baiki segala kelemahan yang ada dan akan tampil lebih baik dalam kejohanan akan datang. - KitaReporters


19
17
0
12
0

Copy Link: