Masya-Allah! Hakim Ziyech tak ambil gaji, elaun sebagai pemain kebangsaan Maghribi! Seorang dermawan!
Published byHakim Ziyech. - Kredit foto: Getty Images
PEMIONAT-PEMINAT sukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pastinya kagum melihat Maghribi (Morocco) satu-satunya pasukan dari benua Afrika berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir bertemu Perancis walaupun tewas 2-0 (15 Disember 2022).
Namun, di sebalik kebanggaan itu terselit jua selingkar kisah mengenai kemuliaan dan kemurnian seorang pemain kebangsaan Maghribi, Hakim Ziyech dengan sikap pemurahnya yang enggan mengambil sesen pun gaji atau elaun ketika bermain untuk pasukan negaranya sejak 2015.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara Morocco atau Maghribi
Baru-baru ini seorang peminat sukan, profesor undang-undang
dan penulis bernama Khaled Beydoun
mendedahkan perkara (kebaikan) tersebut kepada umum menerusi satu ciapan dalam akaun
Twitter (9 Disember 2022) milik Khaled
Beydoun.
Lazimnya, karier seorang pemain bola sepak memiliki
pendapatan yang begitu lumayan seiring dengan prestasi mereka.
Pastinya kehidupan mereka (pemain bola sepak profesional)
dapat dilihat kemewahan harta benda seperti rumah besar, kereta mewah, pakaian
berjenama mahal dan sebagainya.
Tetapi, berlainan pula dengan karakter Ziyech yang dilihat sanggup mendermakan kesemua wang tersebut kepada
staf pasukan dan juga keluarga miskin di negaranya.
Mungkin, ini merupakan salah satu cara beliau mengumpul saham akhirat dan menginfakkan sebahagian pendapatan (beliau) untuk kebaikan umat dan agama Islam.
Apa yang mengagumkan, bintang terkenal bola sepak dunia itu enggan memperbesar (menghebohkan) atau bersikap riak dengan segala kebaikan yang pernah dilakukannya.
Malah, pembayaran bonus
USD$325 ribu atau bersamaan RM5.4 juta yang bakal diterima oleh Ziyech sepanjang
aksi beliau di Piala Dunia 2022 itu akan disumbangkan kepada golongan miskin di Morocco.
Ini mungkin hanyalah sebahagian kecil bentuk sumbangan dari beliau yang baharu kita ketahui dan mungkin ada banyak lagi kebaikan lain tidak didedahkan oleh pihak media.
Ziyech bersama ibunya. - Foto kredit: Instagram @hziyech
Selain memberikan wangnya kepada keluarga miskin, Ziyech juga dikatakan telah menyumbangkan hasil gajinya itu kepada hospital untuk pesakit kanser.
Pemain berdarah campuran Belanda (sebelah bapa) dan Morocco (sebelah ibu) mendapat julukan "The Wizard of Amsterdam” adalah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaannya.
Hakim Ziyech menandatangani kontrak selama 5 tahun bersama kelab Chelsea dengan bayaran £26 juta (hampir RM140 juta), termasuk gaji purata tahunan £5.2 juta (RM24.4 juta).
Pada 2022, Ziyech akan memperoleh gaji pokok sebanyak £5.2 juta (RM24,3 juta), sambil membawa cap hit sebanyak £5.2 juta. – KitaReporters