Video| Kurang ajar! Perbuatan lelaki gatal dikecam! Cuba intip, masuk tangan ruang solat wanita!

Published by
KitaReporters


Pada bulan Ramadan semua umat Islam merebut peluang sebulan sekali untuk menunaikan ibadah solat sunat tarawih selepas menunaikan solat fardu isyak.

Namun ada insan yang mengambil kesempatan semasa melakukan ibadah di tempat beribadah dengan perbuatan yang sangat tidak senonoh.

Video yang tular dalam TikTok memaparkan seorang lelaki bersikap kurang ajar yang cuba mengintai ke dalam ruang solat wanita dengan tiada perasaan malu langsung.


Lagi cerita-cerita panas berkaitan perbuatan kurang ajar


Bukan itu sahaja, tangan lelaki itu juga merayap di bawah tirai pemisah antara makmum lelaki dan wanita. Difahamkan, bukan sekali tangan lelaki itu didapati merayap dan seperti cuba meraih sesuatu.

Oleh sebab itu, video ini telah membuatkan ramai netizen berasa bengang dan sangat marah dengan sikap lelaki yang berkelakuan biadab seperti itu.



Para netizen juga berpendapat bahawa lelak itu berniat untuk melakukan pencurian. Sehubungan itu, semua jemaah diminta berhati-hati agar barang berharga anda dijaga dengan selamat. - KitaReporters


13
14
0
12
1

Copy Link: