DALAM minggu ketiga pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim 8 (GV8) yang bertemakan ‘Segalanya Ku Terima’, kesemua 13 peserta perlu memberi persembahan di luar kebiasaan mereka agar tidak tersingkir. Ini kerana dalam episod ketiga ini pasti akan ada peserta yang tersingkir.

Datuk Dr Fazley Yaakob yang menduduki tangga ke-12 pada minggu kedua diberi lagu berirama dangdut berjudul ‘Yang Sedang-Sedang Saja’ yang dipopular oleh Iwan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Gegar Vaganza 

Gaya Fazley belajar bergelek dangdut. - Kredit foto: IG fazleyyaakob

/


Fazley,  atau nama penuhnya Ahmad Fadzli Yaakob, menduduki tangga ke-12 pada minggu kedua dan diberi lagu berirama dangdut berjudul ‘Yang Sedang-Sedang Saja’ yang dipopular oleh Iwan untuk minggu ketiga. 

Untuk lagu itu, Fazley selain perlu menyanyi secara dangdut, juga memerlukan dia berjoget dangdut.

Bagi memberi persembahan terbaik dan enggan tersingkir, penyanyi yang tahan menerima kritikan ini mengambil kelas bergelek. Dia turut menjalani latihan bergelek di rumahya bersama anak-anak dan rakan-rakan.

Fazley dalam Instagramnya menyifatkan berjoget dangdut begitu sukar untuk dilaku, terasa hendak tercabut pinggulnya.

Latihan Fazley berjoget dangdut dimuatkannya dalam Instagramnya. "Ada tips tak untuk berdangdut ni? Share please," tulis penyanyi dan cef selebriti ini dalam hantarannya itu.



/

Fazley mahu membuktikan dia layak terus berada dalam GV8. - Kredit foto: IG fazleyyaakob


Selepas episod pertama GV8, Fazley akui terima dengan lapang dada kritikan netizen atas persembahan tidak bertenaganya dalam episod pengenalan Gegar Vaganza 8 (GV8) pada Ahad, 21 November 2021 lalu itu dan berazam untuk memberi pesembahan lebih baik dalam episod-episod seterusnya. 

Dia turut memohon maaf kepada para peminatnya melalui entri dalam laman Twitter dan Instagramnya.

Selain menerima kritikan secara berdepan, sejumlah peminatnya dan orang ramai meluahkan kritikan melalui hantaran dalam Twitter dan Instagramnya.



Menerusi  persembahan episod pengenalan itu, Fazley menduduki tempat terakhir daripada 13 peserta. Penyanyi berusia 43 tahun  itu hanya menerima 53.6 markah dengan menyampaikan lagu ‘Asmara Ini’.

Ketiga-tiga juri GV8 bagaimanapuni tetap memberi komen secara ‘berhemah’  terhadap persembahan Fazley dan meminta dia memperbaiki mutu persembahan. Tiga juri tetap GV8 ialah Datuk Ramli MS, Datuk Shafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. 

Sekiranya berlaku penyingkiran pada malam berkenaan semestinya nama Fazley adalah calon penyanyi pertama terkeluar.



Sementara itu, penyanyi yang juga seorang chef berjaya itu menerusi Twitter dan Instagramnya itu berjanji akan membuat persembahan lebih baik dalam episod-episod seterusnya.

Malah dirinya yakin mampu memberikan persembahan yang terbaik untuk akan datang selepas semakin yakin dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut.

Penyanyi kacak itu memberikan alasan dia terlalu gemuruh kerana lebih 10 tahun tidak beraksi di atas pentas membuat suaranya tidak stabil dan sedikit sumbang.

Menerusi perkongsian tersebut, juara MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama itu memuat naik tangkap layar ciapan yang ditulisnya dalam Twitter.

Perkongsian  itu bagaimanapun mendapat respons positif daripada pengikut Instagramnya yang terbuka hati menerima ‘kekurangan’ persembahannya berkenaan. - KitaReporters


14
14
0
21
0

Copy Link: