Video| Dulu dicari, kini disisih! Johan As'ari akui tak berpeluang berlakon di sebuah stesen TV!

Published by
KitaReporters

Dulu disayang kini disisih. Itulah perkara yang dialami pelakon Johan As'ari, 35 ,yang merasakan dirinya disisih sebuah stesen TV yang dahulunya begitu mengharapkan lakonannya.

Johan atau nama lengkapnya Johan Ariff As'ari sudah tidak diberi peluang berlakon dalam drama yang disiar stesen TV itu sejak 5 tahun lalu.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan stesen televisyen



Perkara ini didedah oleh Johan dalam pertemuan dengan media ketika Majlis Amal Maghfirah yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi Avenue, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Suatu ketika dahulu, Johan adalah pelakon generasi baharu yang laris baik dalam filem atau drama TV.

Setelah mengecapi kejayaan bertahun-tahun, Johan menganggap apa yang berlaku adalah jalan hidup insan seni. Ada masa di atas dan ada ketikanya di bawah.

Johan melayan anak-anak yatim di Majlis Amal Maghfirah baru-baru ini

Tanpa menyebut stesen TV mana yang dimaksudkan, ramai yang dapat menjangka stesen mana yang dimaksudkan. Ini kerana hanya terdapat dua stesen TV swasta yang masing-masing memiliki beberapa saluran.

Bukan menjadi rahsia bahawa stesen TV mempunyai  jawatakuasa yang berkuasa memilih atau menolak senarai pelakon yang diberi oleh produser atau pengarah sesebuah produksi. 

"Saya sedia maklum, stesen TV pun bertukar ganti orang dalamnya. Nama saya kerap ditolak setiap kali dicadangkan produksi. Saya dapat tahu pun daripada pengurus. Tapi saya tak pernah rasa sedih, saya cuma anggap sudah tidak layak.

"Saya dah tak diperlukan lagi oleh stesen TV itu. Saya pun tak pernah ambil hati cuma saya sedar diri saya bukan siapa-siapa dah untuk stesen TV," kata Johan. 


Dia tidak tahu mengapa namanya kerap ditolak sebuah stesen televisyen. Sedih dengan perkara itu, Johan sedar dirinya sudah tidak lagi diperlukan bagi menghiasi drama-drama tempatan di stesen TV berkenaan.

Kali terakhir Johan muncul menerusi drama bersiri 'Jurnal Suraya' bergandingan dengan aktres Nad Zainal pada November 2017 di slot Zehra, TV3

Dalam pada itu, pelakon drama 'Juvana' ini memberitahu dia tidak menyangka namanya ditolak memandangkan drama sebelum ini memberi impak yang besar.

"Lima tahun saya contribute di stesen TV tersebut... lima tahun macam pisang goreng panas, saya tinggalkan keluarga, banyak masa saya habis di stesen tersebut. Tetapi saya dapat banyak berita daripada stesen itu menolak saya buta-buta, bulat-bulat. Pada saya, masa saya dah tamat," katanya. - KitaReporters


18
13
1
11
0

Copy Link: