UMUM mengetahui sejak penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 telah mengakibatkan ekonomi negara turut terjejas dan merudum termasuk di seluruh dunia. Mengikut perangkaan terbaru, 60 peratus pekerja daripada kaum lelaki telah diberhentikan pada suku pertama tahun ini (Q1 2020) oleh majikan masing-masing. : KitaReporters 


Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) di bawah kelolaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam laporan terbaharunya yang bertajuk 'Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020: The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE)', mendedahkan sebanyak 60 peratus pekerja daripada kaum lelaki telah diberhentikan pada suku pertama tahun ini (Q1 2020) oleh majikan masing-masing.

Menurut laporan itu, terdapat kira-kira 7.5 juta pekerja (sektor swasta) yang berdaftar dan mencarum dengan Perkeso.

Secara keseluruhannya, sebanyak 42 peratus kehilangan pekerjaan (termasuk lelaki dan wanita) akibat syarikat mengalami kurang permintaan sebanyak 37 peratus atau tidak dapat beroperasi seperti biasa (42 peratus).

Pada tahun ini, kadar pengangguran akan mencecah empat peratus berbanding 3.2 peratus ketika krisis kewangan Asia pada 1997 dan 3.7 peratus semasa kegawatan ekonomi pada 2018.

Peringkat umur yang terlibat kehilangan pekerjaan (Loss Of Employment oatau LOE) :


Jumlah pemberhentian pekerja suku pertama tahun ini mengikut negeri-negeri :


Golongan bekerja sendiri :


Kesan :

Golongan pekerja di negara ini, baik dari sektor kerajaan atau swasta, sedang mengalami tekanan hidup yang agak tinggi, ekoran pelbagai faktor sekeliling seperti kos sara hidup meningkat, tekanan di tempat kerja, gaji tidak mencukupi, masalah sosial dan sebagainya.

Masalah mental dan emosi akan bertambah jika seseorang itu (pekerja) diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatannya. 

Lebih-lebih lagi mereka yang sedang mengalami masalah kewangan yang runcing.


Jika anda diberhentikan atau dibuang kerja,ikutilah beberapa langkah atau tips untuk menghadapinya.

Semoga segala usaha yang dilakukan kelak akan memberi jalan keluar atau penyelesaian daripada kemelut atau masalah yang dihadapi. - KitaReporters

5
1
2
0
0

Copy Link: