Abu Syafiq tak serius! Jangan main-main, ugut - Amin Idris!
Published byKES saman antara pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq terhadap personaliti televisyen, Amin Idris baru-baru ini mendapat perhatian masyarakat khususnya warga Internet atau netizen. Abu memfailkan saman terhadap Amin atas dakwaan memuat naik kenyataan yang didakwa boleh memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasinya. : KitaReporters
Dalam notis tuntutan yang diserahkan 24 April 2020, Amin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka selain membayar pampasan berjumlah RM1 juta dalam tempoh seminggu.
Bagaimanapun, Amin bertegas tidak akan tunduk dengan
tuntutan Abu Syafiq malah mencabar pendakwah bebas terbabit untuk meneruskan
samannya tanpa perlu menunggu tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya
berakhir.
Amin sebelum ini memuat naik kenyataan dalam Facebook mengenai kecaman Abu Syafiq ke atas Ustaz Ebit Lew.
Kes bermula apabila Amin sebelum ini memuat naik
kenyataan melalui akaun Facebook ekoran kecaman Abu Syafiq ke atas seorang lagi
pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew sehingga tular dalam media sosial.
Terbaharu, Amin berkongsi kes tersebut dalam Instagram
yang kini masih belum menerima apa-apa surat dari mahkamah untuk sebutan kes.
Berikut adalah kenyataan daripada Amin :
"1. Sehingga kini bertarikh 5 Jun, saya belum terima
apa-apa surat dari mahkamah menyatakan tarikh sebutan kes walaupun sebelum ini
sampai 2 LOD (Letter of Demand) dihantar kepada saya.
"2. LOD pertama dihantar pada 24 April dan saya dapat
tahu peguam Abu Syafiq fail saman di mahkamah pun melalui berita Malaysiakini
bertarikh 7 Mei. Tapi masih tiada informasi dari mahkamah. Tiba-tiba datang LOD
kedua pula pada 15 Mei. Itu pun pada awalnya tak cukup muka surat sampai saya
terpaksa telefon pejabat peguam Abu Syafiq untuk hantar semula yang cukup muka
surat.
"3. LOD kedua menuntut saya sekali lagi MINTA MAAF, DELETE POSTING & BAYAR 1 JUTA dalam tempoh 3 hari. Saya konsisten tidak akan tunduk. Sekali lagi, tiada surat sebutan tarikh dari mahkamah walaupun sudah 22 hari!
"4. Peguam saya @azmir_zakaria sudah beberapa kali menghubungi pejabat peguam Abu Syafiq. Yang kelakarnya, staff peguamnya tidak ada apa-apa maklumat terkini berkaitan kes.
"5. Berkenaan laporan polis pula, masih dalam siasatan. Dan masih juga menunggu respon dari SKMM.
"6. Justeru, saya anggap Abu Syafiq TIDAK SERIUS,
main-main & sekadar nak ugut untuk saman saya dengan harapan saya akan
cuak, takut & kecut. Lalu delete posting kritikan saya terhadapnya. Dia
silap orang. Saya seorang AIKOLIAN (lulusan undang-undang UIA). Jangan main-main
dengan saya dalam soal undang-undang.
"7. Pengajarannya wahai Abu Syafiq, dah dah la kau
mengata orang, fitnah orang, satu Malaysia tahu kes kau fitnah orang dan
akhirnya kau yang minta maaf, satu Malaysia tau kau burukkan nama Ahli Sunnah
wal Jamaah.
Maka sudah tiba masanya kau insaf, berhenti daripada
perangai buruk tersebut. Baguslah kalau nak fokus menoreh getah dan jahit jubah
wanita. Berdakwahlah dengan melihatkan keindahan Islam sebagai agama kasih
sayang, bukannya prejudis menyesatkan manusia sana-sini.
"8. Terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Jabatan
Netizen Negara & sesiapa sahaja yang menyokong saya selama ini. Doakan saya
dalam kebaikan dan doakan Abu Syafiq dilembutkan hati jadi manusia lebih baik.
"9. Ini mungkin posting saya yang terakhir tentang
isu ini. Namun tak bererti saya akan berhenti kritik Abu Syafiq.
Kenyataan terbaharu Amin mengenai kes saman Abu Syafiq.
Kedua-duanya adalah figuran umum.
Jadi, diharapkan masih ada harapan untuk mereka saling bermaaf-maafan dan menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat.
Ruginya apabila dua figura umum yang menjadi rujukan masyarakat bertelagah sesama sendiri! - KitaReporters