Berita Terkini| Ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi zon PKPB di Sarawak! 1 hingga 7 Syawal sahaja!
Published byGambar hiasan... Tempoh ziarah pada Hari Raya Aidilfitri nanti bagi zon PKPB Sarawak hanya bagi tempoh 1 Syawal hingga 7 Syawal sahaja. - Kredit foto: penangkini.com
KERAJAAN negeri Sarawak membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi zon Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut pada tempoh 1
Syawal hingga 7 Syawal sahaja.
Majlis Islam
Sarawak (MIS) menerusi satu kenyataan pada 5 Mei 2021 memaklumkan kebenaran berkenaan
khusus untuk ahli-ahli keluarga terdekat sahaja dengan tempoh ziarah hanya dari 1
Syawal hingga 7 Syawal.
“Bilangan
had pengunjung (keluarga terdekat) pada satu-satu masa hanya dibenarkan 50
peratus kapasiti mengikut saiz rumah dengan mematuhi penjarakan fizikal.
“Takbir hari raya pula dibenarkan di masjid dan surau, mulai selepas solat maghrib malam 1 Syawal dan tidak boleh melebihi jam 10
malam serta selepas solat subuh pagi 1 Syawal sehingga bermula solat sunat Aidilfitri.
“Solat
sunat Aidilfitri juga dibenarkan di masjid, surau, musolla dan premis yang
telah mendapat kebenaran MIS sahaja. Jemaah dibenarkan hadir berdasarkan had
kapasiti ruang keluasan masjid atau surau," katanya.
Menurut
kenyataan itu lagi, aktiviti ziarah kubur tidak digalakkan namun sekiranya
tidak dapat dielakkan, hendaklah mematuhi garis panduan aktiviti ziarah pusara dikeluarkan MIS pada 8 April
2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter