Punyai anak istimewa tak jadi penghalang! Cikgu Norzalinda tetap lakukan terbaik untuk PdPR!
Published byCikgu Norzalinda sedang mengajar menerusi PdPR menggunakan Google Meet.
WALAUPUN sebahagian besar guru berasa ‘terluka di hati’ apabila pelbagai pihak berwasangka terhadap bidang perguruan berikutan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan daripada merebaknya pandemik Covid-19, tetapi mereka tetap tabah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sebagaimana
diajarkan serta dicanangkan sebelum ini, mereka hanya pendamkan serta mengabaikan
anggapan itu sebaliknya menjalankan tanggungjawab seadilnya demi anak murid
sedangkan keadaan sendiri dibebani bermacam rintangan dan masalah keluarga.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan guru:
https://kitareporters.com/tag/guru
Cikgu Norzalinda bersama Nur Alisha yang perlu diberikan perhatian disamping beliau melaksanakan tugas sebagai guru.
Bagi Cikgu
Norzalinda Hamzah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pintas Raya, Batu Pahat, Johor,
beliau telah tanamkan dalam minda setiap tanggungjawab yang diamanahkan
seharusnya diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa menghampakan mana-mana
pihak.
Menurutnya, anak murid dia umpamakan macam anak sendiri yang perlu diberi tumpuan supaya berjaya dalam pelajaran dan pada masa sama terpaksa bersusah payah serta berkorban masa rehat mengurus anak istimewanya, Nur Alisha Batrisya Ahmad Fauzi berusia 12 tahun kerana menagihkan perhatian 24 jam.
Beliau berkata, dia tidak menjadikan anaknya itu sebagai masalah yang menganggu tugas seorang guru walaupun perlu diberi perhatian setiap masa selepas menjalani pembedahan memasang tube pada perut, hasil sepakatan dan kerjasama dengan suaminya perkara itu dapat diatasi.
Katanya, sebelum pelaksanaan PKP urusan menjaga anak agak sukar tetapi hasil bantuan suami dan keluarga perkara itu menjadi mudah.
"Kami membuat penggiliran iaitu sebelah pagi Nur Alisha dijaga suami dan sebelah petang saya pula ambil alih tugas itu.
“Apabila
pelaksanaan PKP ini, saya menyiapkan tugasan PdPR menerusi Google Meet ketika
Nur Alisha sedang tidur dengan memberi tumpuan sepenuhnya pengajaran kepada
murid Tahun Satu untuk subjek Bahasa Inggeris dan Tahun Dua bagi subjek Bahasa
Melayu.
Cikgu Norzalinda menyifatkan suaminya, Ahmad Fauzi Hassan sebagai tulang belakang yang banyak membantu menyempurnakan tugas beliau sebagai guru.
“Nur Alisha memerlukan pengawalan pernafasan apabila dia terjaga daripada tidur dan jika ada keperluan mendesak suami saya akan mengambil alih tugas itu sementara saya menyelesaikan tugas dahulu,” katanya yang sudah empat tahun mengajar di SK Pintas Raya.
Cikgu
Norzalinda berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada dalam kalangan
masyarakat yang memperlekehkan tugas seorang guru berikutan pelaksanaan PdPR
kerana PKP sedangkan bagi guru mereka tidak menghadapi masalah untuk mengajar
menerusi kaedah itu.
Menurutnya, beliau melihat perkara itu dari sudut positif dengan berusaha sebaik mungkin menyiapkan bahan pembelajaran dan pengajaran bagi memastikan murid memahami apa yang diajar seperti berada di dalam kelas.
Cikgu Norzalinda dan rakan sejawatan turut berasa bangga apabila ada ibu bapa turut membantu anak mengikuti PdPR.
“Saya turut berasa bangga apabila mendapat maklum balas ada ibu bapa yang mengambil berat pelaksanaan PdPR ini dengan memastikan anak mereka berada di depan komputer atau laptop untuk mengikuti pengajian.
“Kerjasama sebegini bagi kami dalam kalangan guru amat menghormatinya dan berasa bertuah apabila pengorbanan yang kami lakukan dihargai ibu bapa bagi memastikan anak mereka berjaya dalam pelajaran,” katanya. - KitaReporters