Berita Terkini| Surat kebenaran yang dikeluarkan MITI dilengkapi kod QR! Bukti ketulenan surat!
Published bySURAT kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilengkapi dengan kod respons pantas (QR code).
Senior
Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam Bukit Aman, M V Srikumar M Nair berkata, kod berkenaan akan
diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan surat yang ditunjukkan
itu adalah tulen.
"Apabila
kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana
hanya pihak polis sahaja mempunyai kod berkenaan.
“Apabila
kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu
betul,” katanya seperti dipetik oleh Bernama, 1 Jun 2021.
Dalam pada
itu, beliau menolak dakwaan wujudnya layanan dwistandard terhadap kebenaran
merentas negeri dan daerah terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti
mana yang didakwa sesetengah pihak.
"PDRM
tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya... jika mempunyai dokumen yang
sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah
dibenarkan," katanya. -
KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter