SATU berita yang agak mengejutkan apabila pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mohkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyatakan hasrat akan melepaskan segala pengurusan harian JDT kepada pihak pengurusan tertinggi kelab.

Berita berkenaan itu telah dimuat naik alam laman rasmi 'Facebook' JDT. Memang sukar untuk dipercayakan!! 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitanTMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim



Setakat ini belum ada lagi mana-mana pemilik atau 'penjaga' kelab yang berusaha sebaik mungkin untuk mengubah pelbagai aspek di kelab mereka, sebalik yang ada hanya memikirkan jawatan dan kewangan sahaja

Ada duit tetapi tidak pandai dan tidak tahu mengurus juga adalah satu kegagalan kepada pasukan. Biarkan bajet kecil tapi bijak dalam merancang. 



Nama JDT tidak perlu diperkenalkan lagi dek kerana revolusi yang dibawa oleh TMJ telah mengubah landskap bola sepak di Malaysia

Jika bukan usaha TMJ, kita belum tentu dapat melihat beberapa kelab di Malaysia berusaha mengatasi masalaj gaji dan lakukan perubahan padang bagi memastikan pasukan dapat bermain lebih baik.  

Malah kejayaan yang dikecapi JDT begitu gah antaranya juara Liga Super sebanyak lapan tahun berturut-turut dan beberapa kejuaraan lain di Malaysia. 

JDT juga satu-satunya pasukan yang memenangi kejuaraan Liga Super yang begitu banyak dan ia sudah pasti satu kesukaran untuk pasukan lain mencalarkan rekod tersebut. 



Bukan sahaja di Malaysia, JDT juga telah melakukan rekod membanggakan apabila menjadi pasukan pertama di ASEAN muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2015 dan yang terkini, JDT telah layak ke peringkat kalah mati dan menjadi kelab pertama di Malaysia yang melakukannya

Dengan kejayaan itu juga, ia telah membantu Malaysia dalam pungutan MA Ranking untuk kelab Malaysia sekali gus lebih banyak kelab di Malaysia boleh beraksi pada peringkat tertinggi Asia. 



Bukan hanya kejayaan digenggam, TMJ juga berjaya menarik pelbagai penaja untuk menaja pasukan JDT dan berkolaborasi dengan mereka yang mempunyai nama sangat gah di arena bola sepak dunia. 

Apa yang JDT dapat hari ini adalah hasil usaha keras daripada TMJ yang ingin melihat bola sepak terus maju dan dapat capai fasiliti bertaraf dunia

Apa pun kita mendoakan agar TMJ hanya berehat seketika dan akan kembali ke arena bola sepak kerana ia akan merugikan bola sepak di Malaysia sendiri. - KitaReporters


16
14
0
11
0

Copy Link: