Video| Kerana berzina, pasangan diarak, disebat! 20 kali sebatan! Disebat sendiri oleh penduduk!

Published by
KitaReporters
Wanita diikat dan disebat 20 kali kerana didakwa berzina. - Kredit foto: Ghana Web
Sekumpulan penduduk daerah Wa di wilayah barat daya Ghana melakukan hukuman sendiri terhadap sepasang kekasih yang didakwa berzina dengan diikat pada tiang dan disebat sebanyak 20 kali setiap seorang dengan disaksikan oleh orang ramai.

Hukuman dilakukan di sebuah kawasan yang sentiasa dikunjungi orang ramai.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kesalahan berzina

Tertuduh lelaki dihukum secara berasingan. - Kredit foto: Ghana Web

Tindakan itu dilakukan setelah video seks pasangan ini tersebar dalam media sosial dan mencalar kehidupan masyarakat daerah itu. 

Menurut laporan portal Daily Mail, pasangan ini turut diarak sebelum dikenakan hukuman. Video dan foto memaparkan pasangan kekasih yang diikat secara berasingan ini turut tersebar. 



Kejadian yang didakwa berlaku pada Selasa, 31 Mei 2022 itu menerima kritikan Persatuan Peguam Ghana (GBA).

Menurut persatuan itu, tindakan penduduk di daerah itu dianggap kejam dan mundur.

"Sebatan ke atas orang muda adalah kuno, mundur, biadab dan keji, dan GBA mengutuk keras tindakan ini," kata seorang jurucakap GBA.

Ekoran itu, GBA menyeru agensi keselamatan berkaitan menangkap semua yang terlibat dalam penderaan fizikal pasangan itu.

GBA mahu kes tersebut disiasat segera dan memastikan pelakunya didakwa mengikut undang-undang. - KitaReporters

8
13
0
9
0

Copy Link: