Video| Jangan terlalu seronok! Dapat lebih RM12j, filem Mat Kilau belum dapat balik modal! Kenapa?
Published byMENGETAHUI kutipan filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ mencapai kutipan lebih RM12 juta selepas baru 4 hari ditayangkan sejak 23 Jun 2022, ramai yang menganggap ia adalah kebangkitan semula filem Malaysia dan memberi keuntungan besar kepada pengeluarnya. Ia membuat ada pihak yang ingin menghasilkan filem.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan fenomena filem Mat Kilau
Mawi dalam perkongsian dalam laman Instagramnya pada Selasa, 28 Jun 2022 mendedahkan kutipan lebih RM12.2 juta yang diperoleh filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ belum untung kerana kos pembikinannya mencecah RM8 juta.
Mawi mengeluarkan butir kutipan yang memperlihatkan bahawa hasil kutipan tiket lebih menguntungkan pemilik pawagam. Selain itu, menurut Mawi, sesebuah filem dikenakan cukai 25 peratus.
‘"Perkara ini ramai tak tahu dan ini berdasarkan pengalaman saya sebagai penerbit filem. Saya nak beritahu kalau berjaya dapat RM12 juta dengan modal RM8 juta, bermaksud untuk penerbit masih belum balik modal," jelasnya.
"Sekarang kita cerita mengenai Mat Kilau pula, RM12 juta itu perlu tolak sebanyak 25 peratus untuk bayar cukai hiburan dan jumlah bayarannya adalah RM3 juta. Jadi, baki mereka adalah RM9 juta.
Berdasarkan kiraan Mawi, filem ‘Mat Kilau’ hanya berjaya untung sedikit jika mencapai kutipan RM30 juta. Adakah impian itu akan tercapai? - KitaReporters