SETIAP kali sambutan hari raya, aktiviti wajib umat Islam adalah beraya sesama ahli keluarga memohon maaf setelah dosa kita tak terhitung. Mohon maaf hari raya, lepas itu buat semula!!! Hehehe!!! Tapi tak apa, itu adalah kewajiban kita untuk memohon maaf sesama kita terutama kepada ibu bapa biarpun ada orang setahun sekali saja buat begitu. : KitaReporters


Itulah kemeriahan setiap kali hari raya. 

Kumpul ramai-ramai, bergambar bersama adik beradik, bermanja dengan ibu bapa. 

Bayangkanlah dari kecik hingga besar kita sambut raya bersama-sama tiba-tiba hari raya yang mendatang, mereka sudah tiada di sisi kita. 

Sudah pasti merasai satu kehilangan yang sangat besar dalam hidup kita.

Tapi bagaimana pula bagi mereka yang sudah tiada ibu bapa? Bagaimana sambutan hari raya? 

Sudah pasti, pagi raya akan ditemani air mata kerana kerinduan detik indah itu.

Kredit foto: IG Azar Azmi


Video yang dimuat naik oleh Azar Azmi atau nama penuh Siti Azar Ameerah Azmi dalam Instagram (IG) miliknya, sudah cukup untuk membuat hati nurani kita tersentuh.

Kredit IG Azar Azmi. 


Bagi mereka yang tidak rasai apa-apa, emm, kena minum air zam-zam banyak sikit!!!!

Dalam posting beliau, Azar jelas merindui kedua-dua ibu bapanya. Rindu nak sentuh pipi mereka, nak melawak bersama, pergi makan bersama dan banyak lagi. 

Ye lah, mereka antara insan yang begitu ambil berat tentang anak mereka.

Ibu bapa adalah syurga kita!!! 

Itulah sifat ibu bapa, biarpun anak sudah besar, mereka tetap akan ambil berat dan tanya khabar selalu. 

Sudah pasti kenangan dan detik itu sukar untuk dilupakan.

Azar juga sempat berpesan kepada followers beliau dan orang ramai, agar hargailai ibu bapa selagi mereka masih ada.


Buatkan mereka gembira dan berikan segalanya untuk mereka.

Ingat, lagi banyak rezeki kita kongsi bersama ibu bapa, lagi banyak rezeki Tuhan akan beri pada kita.

Video berdurasi 30 saat itu telah ditonton lebih 500,000 kali tontonan. - KitaReporters

0
1
3
0
0

Copy Link: