TINDAKAN enam penunggang motosikal yang berkonvoi secara berbahaya termasuk lakukan aksi 'Superman' atas Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) II mengundang padah apabila dicekup oleh polis dalam Operasi Samseng Jalanan Bagi Skuad Khas 42, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Terengganu. : KitaReporters 

Sekumpulan penunggang motosikal yang berkonvoi dari Kelantan untuk makan ikan baung di Kuala Berang turut dikesan lalukan aksi 'Superman' di atas lebuh raya. 


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata penunggang berusia 18 hingga 36 tahun itu didapati melakukan kesalahan di Kilometer 420 hingga 411 di LPT2 dari arah Hulu Terengganu - Kuantan.

Menurutnya, pada 19 Jun 2020 jam lebih kurang 12 tengah hari, sepasukan polis diketuai seorang pegawai bersama 13 anggota sedang membuat tinjauan Ops Samseng Jalanan lokasi di LPT2. 

DSP MOHD ADLI MAT DAUD 



"Ops bermula jam 10 pagi. Lebih kurang dua jam ops dijalankan pihak polis menemui sekumpulan enam penunggang motosikal sedang menunggang dalam keadaan berbahaya.

"Kesemua mereka yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Berang (Terengganu) untuk menikmati juadah ikan baung  lakukan pelbagai aksi apabila berada di lebuh raya termasuk bersaing sesama sendiri serta lakukan lagak gaya 'Superman'.

"Terdahulu, pihak polis mengekori mereka dari Plaza Tol Gemuruh sehingga ke Pasar Besar Kuala Berang dan apabila kesemua motosikal berhenti tangkapan terus dilaksanakan," katanya kepada media pada Sabtu, 20 Jun 2020.

Tambah Mohd Adli, kesemua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Penunggang yang ditahan turut didapati lalukan kesalahan mengubah suai motorsikal. - Kredit foto: Ihsan PDRM


Katanya lagi, sebanyak 26 saman turut dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan termasuk lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada insurans, tiada lesen serta pengubahsuaian ekzos serta enam motosikal juga disita.

Sementara itu, Mohd Adli turut mengingatkan semua pengguna lebuh raya agar lebih berhati-hati dan tidak menjadikan kemudahan akses jalan darat itu sebagai medan untuk berlumba atau tunjukkan lagak aksi yang bercanggah dengan undang-undang. - KitaReporters

0
0
0
2
0

Copy Link: