Video| Takdir yang tertulis, hari yang mendung! Shila Amzah sahkan dah diceraikan! Talak satu!
Published byTakdir yang tertulis. Hari yang mendung bagi penyanyi Shila Amzah, 31, apabila kes perceraiannya diselesaikan secara baik pada 8 Feb 2022, dan kini sah menjadi janda setelah dicerai talak satu oleh bekas suami, Haris Idraki Elias.
Pengumuman itu dibuat dalam Instagramnya. Cuma dalam tulisannya Shila menyatakan masalah rumah tangga itu diselesai secara baik dan dia dan bekas suami tetap boleh berkawan dan menjaga anak tunggal, Seth Uwais secara bersama.
Bagaimanapun Shila yang nama penuhnya Nur Shahila Amir Amzah tidak menyatakan di mana lafaz diucapkan.
Lai cerita-cerita duka berkaitan perceraian
“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi seth sampai bila2 ❤️. Terima kasih pada semua yang mendoakan 🤍," tulisnya.
Shila memaklumkan rumah tangganya bersama suaminya, Haris telah sampai ke titik noktah apabila mereka sah bercerai, selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung di rumah mereka di Cyberjaya, Selangor.
Tambahnya, dia dan bekas suami akan berusaha untuk menjaga serta menyayangi anak tunggal mereka Seth sampai bila-bila.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian dalam Insta Story, Shila menyatakan apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan tiada siapa yang berkahwin mahukan perpisahan.
"Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada yang berkahwin untuk cerai dan berpisah. Apa saja kemungkinan atau kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmah," katanya.
Shila mengejutkan ramai pihak pada Disember 2021, apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perceraian.
Penyanyi yang lahir pada 13 Ogos 1990 yang menempa nama di China ini berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Sebelum itu, Shila ada memuat naik gambarnya memakai tudung berwarna putih dengan kapsyen ‘Hari yang mendung, semendung hati’. Perkongsian Shila itu yang berlatarbelakangkan sebuah masjid mendapat pelbagai respons rakan artis dan pengikutnya dalam Instagram.
Rata-rata mendoakan kebahagiaan serta urusan Shila serta anaknya di masa akan datang dipermudahkan. Ramai turut memberikan kata-kata semangat buatnya dan berharap Shila tabah menghadapi apa yang terjadi. - KitaReporters