Video| Pratik sah ahli bina badan paling kerdil di dunia! Kini sasar laku tekan tubi terbanyak!
Published byMencipta rekod dunia menjadi impian ramai kerana berasa bangga memiliki pengiktirafan sedemikian.
Dengan hanya memiliki ketinggian tiga kaki empat inci (101.6 cm), lelaki di negeri Maharashtra, India, Pratik Vitthal Mohite, 25, setelah dicadang oleh rakannya mendaftar kepada Guinness World Records (GWR) untuk mencipta rekod dunia.
"Menjadi impian saya untuk meraih gelaran Guinness World Records dan suatu kehormatan untuk mencapainya. Saya sangat gembira dan ia menjadi pencapaian terbesar dalam karier saya,” kata Pratik dalam wawancara dalam video GWR.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Guinness World Records
Pratik memperlihatkan sijil GWR yang dimilikinya. - Kredit foto: IndiaTimes
Menurut India Times, Pratik mula membina badan pada tahun 2012 dan mengambil bahagian dalam acara kompetitif pertamanya pada tahun 2016.
Dia mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan untuk bergiat aktif dalam sukan bina badan.
Dia mempunyai jadual latihan yang lasak setiap hari. Setiap pagi dia akan berlari selama 30 minit dan sebelah petang berlari selama 3 jam. Dia juga akan menghabiskan masa selama tiga jam di gimnasium.
Dia akan mengemas kini kegiatannya dalam Instagramnya untuk tatapan orang ramai.
Pratik dilahirkan dengan lengan dan kaki pendek yang luar biasa dan dianggap sebagai kerdil.
Pratik kini mempunyai impian memecahkan satu lagi rekod dunia iaitu melakukan tekan tubi (push-ups) terbanyak dalam seminit. - KitaReporters