Isu curi elektrik! Jakel nafi curi! TNB akui semuanya sah!!

Published by
KitaReporters

BARU-BARU ini tular satu laporan mengenai pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan khemah tanpa kebenaran yang didirikan oleh Jakel di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. MBSA juga mendakwa bawah struktur elektrik, yang dibina bersama khemah terbabit, tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya. : KitaReporters



Ekoran itu, netizen telah mengeluarkan 'fatwa' mereka sendiri dengan pelbagai komen yang kebanyakkannya berbaur negatif dan menuduh Jakel mencuri elektrik.  

Itu dari pihak MBSA, kali ini mari kita lihat pula apa kata dari pihak Jakel dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

Pihak tertuduh yakni Jakel telah mengeluarkan kenyataan baharu berhubung isu berkenaan bagi memperjelaskan isu sebenar. 

Isu yang mengatakan mereka mencuri adalah tidak betul sama sekali! 

Kredit: FB Jakel


Jakel menjelaskan, pencawang yang didirikan oleh mereka itu adalah betul dan sah serta telah mengikut garis panduan yang ditetap oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Malah isu mencuri elektrik juga adalah tuduhan palsu semata-mata!! 

Pihak Jakel juga telah memberikan bukti iaitu surat bayaran bil elektrik setiap bulan kepada TNB.

Jadi sepatutnya tidak timbul isu mencuri elektrik dari TNB selama ini.

Kerana isu ini mendapat perhatian warganet serta tersebar begitu meluas, pihak TNB juga telah mengeluarkan satu statement berhubung isu melibatkan Jakel ini.

Kredit: FB TNB Careline. 


Penjelaskan dari TNB adalah elektrik yang digunakan oleh Jakel itu adalah sah dan disalurkan dengan teratur serta dipasang dengan meter TNB.

Isu khemah yang didakwa tanpa kebenaran dan dirobohkan MBSA ialah premis tambahan kepada premis utamma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam itu. 

Menurut Jakel, dakwaan khemah yang didirikan tanpa permit itu tidak benar kerana khemah tersebut bukan milik syarikatnya tetapi milik sebuah syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru. 

Namun, demi atas dasar keselamatan semua pihak, maka khemah berkenaan telah dirobohkan. 

Maka, jelas lagi terang bahawa tidak timbul isu mencuri elektrik oleh pihak Jakel. 

Apa yang berlaku baru-baru ini boleh dikatakan salah faham dari pihak tertentu dan sudah tentu daripada netizen sendiri, yang terlebih "membawang". 

Kalau mereka curi, macam mana boleh ada meter TNB pula, siap dibayar tiap-tiap bulan lagi. 

Pelik tapi benar. - KitaReporters

3
10
0
1
1

Copy Link: