Neelofa enggan kalah dengan Covid-19? Strategi dengan Shopee
Published byTIDAK mahu terganggu atau mengalah dek krisis pandemik COVID-19, artis versatil, Neelofa terus memasang strategi memperluaskan empayar perniagaan fesyen jenama hijabnya ‘Naelofar’ ke pasaran digital dengan berkolaborasi dengan platform e-dagang popular, Shopee. - KitaReporters
Neelofa kelihatan elegan menggayakan koleksi tudung Delika. - Foto IG @neelofa.
Sejajar dengan janji jenamanya untuk ‘Go Far’, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 31, ini menganggap pelancaran kedainya melalui Shopee sebagai petanda satu lagi kejayaan bagi perniagaannya setelah perkembangan globalnya ke Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK dan Amerika Syarikat sebelum ini.
Kenapa memilih Shopee?
“Shopee boleh didapati di enam buah negara lain malah pelancaran ini tepat pada masanya memandangkan seluruh industri runcit perlu mengubah corak pemikiran dan bersifat tangkas demi menyesuaikan diri dengan perubahan yang disebabkan oeh COVID-19.
"Lagi pun saya perlu melindungi kebajikan pekerja saya, ” jawab Neelofa yang lebih mesra disapa Lofa.
Tambah beliau, ketika negara dilanda pandemik COVID-19, syarikatnya memiliki dua pilihan iaitu tunggu dan lihat atau perhati dan lakukan perubahan yang sewajarnya seterusnya bertindak secara positif terhadap persekitaran.
“Kami memilih untuk melakukan perkara yang kedua dengan membuka peluang baharu dan memperluas saluran penjualan melalui kerjasama dengan Shopee,” ujar Lofa.
Lofa mengumumkan Koleksi Raya Naelofar yang akhirnya terlaksana dan boleh diperoleh dalam talian melalui Instagramnya.
Kedai Rasmi Naelofar di Shopee mempunyai rangkaian tudung yang direka dengan baik dan berpatutan untuk memenuhi setiap pilihan pengguna.
Turut disediakan koleksi hijab paling laris untuk kegunaan ketika bersenam seperti Sport Stretch, Sport Hijab, Go Far Moda, Bell - Instant Shawl, Sofis - Printed Square, Lorea - Printed Square dan Elle - Printed Square.
Lofa menggayakan koleksi tudung Elle. - Foto kredit IG @neelofa.
Selain itu, antara Koleksi Raya Naelofar 2020 terdiri daripada rangkaian Raya Printed yang diinspirasikan oleh corak bunga (Elle, Sofis, Lorea) dan rangkaian Raya Solid (Aisa, Bell, Delika) yang dihias dengan Swarovski.
Dengan pelancaran kedai rasmi Naelofar di Shopee, bermakna Neelofa turut menyertai barisan selebriti lain di Shopee Celebrity Squad, sebuah platform yang dilancarkan sejak Mei 2018.
Untuk rekod, Shopee Celebrity Squad ini merupakan platform bagi barisan selebriti mempromosikan dan menjual produk mereka yang direka khas kepada peminat dan pengguna Shopee.
Ada lebih daripada 50 selebriti yang menggunakan platform berkenaan termasuk penyanyi terkenal, Dato Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Dato AC Mizal dan Amy Search.
Istimewanya, sempena dengan pelancaran kedai rasmi Naelofar pada 11 Mei 2020, Neelofa akan berinteraksi bersama-sama dengan peminatnya secara langsung dari rumahnya menerusi Shopee Live, pukul 12 tengah hari.
Lofa akan membawa penonton untuk melihat almarinya, memberikan tutorial hijab, mempamerkan Koleksi Eid miliknya serta menjawab soalan daripada peminat malah mereka yang menonton berpeluang menikmati tawaran waktu terhad.
Jadi sesiapa yang nak bertanya soalan dan berbual dengan Lofa boleh strim dalam talian bersama beliau pada tarikh tersebut.
Lofa memperkenalkan koleksi tudung bercorak bunga - Lorea dan gambar bawah menggayakan koleksi Bell.
Sambutan diteruskan dengan kempen jualan Raya Naelofar sehingga 22 Mei 2020 yang mana peminat dan pengguna Shopee boleh menuntut baucar dari kedai, sekali gus menikmati potongan 30% tanpa perbelanjaan minimum, yang dihadkan pada RM30.
Sudah tentu ini antara hadiah Raya Lofa buat peminat tersayangnya yang mahu bergaya elegan pada bulan Syawal nanti walaupun tempoh PKP masih berkuat kuasa.
Di rumah pun harus bergaya ya tak, lagi pun kan sunnah memakai baju baru pada 1 Syawal, siapa tak nak kutip pahala kan?
Apa pun jika korang mahu melihat lanjut koleksi-koleksi istimewa Naelofar ini boleh ke kedai rasminya di https://shopee.com.my/naelofar.
Jom tinjau, ada tak yang berkenan di hati? - KitaReporters