NAMPAK gayanya masih tidak habis isu jual pakaian terpakai pelakon dan pengacara popular, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera diperkatakan. Kalau sebelum ini Shiera menjadi kecaman netizen yang mendakwa dia terdesak kerana bertindak menjual pakaian terpakai, namun kali mengenai pakaian ‘clubbing’ atau kelab malam. : KitaReporters

Sejak berhijab, Shiera terpaksa menjual baju-baju yang tidak lagi sesuai dengan imejnya.


Lagi cerita-cerita berkaitan pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Shiera menerusi laman Instagramnya memuat naik gambar pakaian ke kelab malam miliknya satu ketika dulu untuk dijual kepada sesiapa yang berminat membelinya.

“Baju clubbing saiz S. Dua ni RM30 termasuk pos," tulisnya.


Sejak berhijab pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, banyak pakaian yang sudah tidak sesuai dipakai. Justeru dia mengambil keputusan untuk menjualnya kepada sesiapa yang berminat.

Namun, keputusan menjual pakaian terpakai tersebut nampak gayanya terus menjadi kecaman netizen, walaupun Shiera sedikit pun tidak mudah melatah.

Antara baju 'clubbing' yang dijualnya kepada sesiapa yang berminat.


Terbaharu mengenai pakaian kelab malam yang membuat seorang netizen bertindak meninggalkan komen biadab dalam ruangan komen.

Menurut netizen tersebut, cara Shiera itu menggalakkan orang ramai ke kelab malam. 

Mungkin ada benarnya tetapi cara dia menyampaikan komen tersebut dengan mengaitkan adik kepada Shiera iaitu Sharifah Sakinah dalam hal ini dilihat kurang sesuai.

“Ini akan galakkan orang pergi clubbing kak oii. Bagi jer pada adik ketiak hitam tu. Pasti dia mahu,” tulis netizen tersebut.


Komen tersebut kemudiannya dibalas oleh Shiera. Malah, ada beberapa orang netizen turut meninggalkan komen menyokong kenyataan Shiera dan menjelaskan baju tersebut tidak semestinya digunakan ke kelab malam, tetapi boleh juga digunakan untuk isteri ketika bersama suami.

Ada juga netizen yang berseloroh mengatakan waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi.



Tak salah kita memberi nasihat atau menegur, tetapi bahasa yang digunakan itu biarlah sopan sesuai dengan adab kita sebagai orang Islam. 

Begitu juga tidak perlu nak kaitkan orang lain apatah lagi dengan ayat menghina seperti itu. - KitaReporters

0
0
1
2
1

Copy Link: