Video| Shakilla nak saman penyiar radio! Jadi iktibar bagi stesen! Teliti terlebih dulu kandungan!
Published byTINDAKAN pelakon, Shakilla Khoriri untuk mengemukakan saman kepada seorang penyiar radio yang mempersenda perceraiannya dengan Fizi Ali patut dipandang penting pihak pengurusan agar bahan yang tersiar tidak menyinggung pihak tertentu.
Shakilla tersinggung apabila penyiar Suria FM, Suraya Borhan menjadikan kisah rumah tangga sebagai topik perbualan dalam programnya baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita duka berkaitan perceraian
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Shakilla, 32, kesal apabila isu penceraiannya dengan penyampai radio Fizi Ali dijadikan bahan.
Shakila atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri menyerahkan kepada pihak stesen radio terbabit untuk berbincang dan menyelesaikan isu yang telah timbul.
SURAYA BORHAN
Menurut DJ Lin, pihaknya akan mengadakan siasatan telus dan berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.
Penyampai Suria FM, Suraya Borhan, mengeluarkan dialog "sebab Fizi kahwin dengan orang yang salah ke?" dalam segmen sketsa pagi bersama PU Azman segera mendapat perhatian pengurusan Suria FM.
Menurut DJ Lin, mereka mengambil maklum mengenai teguran dan pandangan segelintir pihak berhubung penyiaran audio sketsa membabitkan penyampai Suria FM itu yang dikatakan menyentuh hati pihak tertentu seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
"Suria FM mengambil maklum rungutan itu dan akan meneliti semula kandungan audio terbabit agar masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan sebaik mungkin,” katanya.
Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun. Kedua-duanya berpisah pada Disember 2021 setelah berkahwin kira-kira tiga tahun.
Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 32, merupakan salah seorang penyiar Suria FM. - KitaReporters