Komen TikTok MK, Nabila teruk kena kecam! MK datang backup!
Published byBETAPA kuatnya impak lagu terbaharu Nabila Razali berjudul Peluang Kedua sehingga menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan juga netizen sama ada positif dan negatif. Dalam lagu itu, Nabila berkolaborasi bersama penyanyi rap popular, MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan. Lebih membanggakan, video muzik lagu tersebut sehingga kini sudah ditonton lebih 6.5 juta kali hanya dalam masa seminggu. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan Nabila Razali:
https://kitareporters.com/search?search=nabila+razali
Walaupun lagu tersebut teruk dikecam oleh netizen sebagai lagu ‘sampah’, namun ia terus mendapat sambutan orang ramai. Sedia maklum, Nabila sebelum ini pernah menerima pelbagai kecaman kerana dikatakan sering ‘terkucil’ ketika menyanyi secara langsung.
Biarpun pelbagai kecaman yang datang, Nabila dilihat tidak mudah melatah dan menuruskan perjuangannya dalam bidang nyanyian. Sebagai penyanyi, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
Komen yang ditinggalkan Nabila mendapat respons negatif netizen dengan melemparkan kata-kata kesat.
Terbaharu, sekali lagi Nabila menerima kecaman sehingga membuatkan MK tampil mempertahankannya dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan netizen.
Segalanya bermula apabila Nabila meninggalkan mesej dalam ruangan komen dalam Instagram milik MK memuji aksi penyanyi rap itu menari bersama seorang wanita dalam aplikasi TikTok.
“So cutelah korang,” tulis Nabila ringkas.
Namun, komen Nabila itu tidak disangka-sangka mendapat
kecaman netizen dengan melemparkan pelbagai kata kesat terhadapnya.
“Tak malu ke tumpang glamour?” tulis salah seorang netizen.
Banyak lagi kata-kata kesat dan perlian dilemparkan
kepada Nabila. Justeru, dalam hantaran dan hari yang berbeza, MK tampil
mengeluarkan kenyataan.
Menurut penyanyi rap dari Sabah ini, dia sedih dan
kesal dengan apa yang berlaku. Walaupun tidak menyebut nama Nabila secara
terus, namun ramai yang faham kenyataan itu ditujukan pada kes yang berlaku
itu.
Menurut MK, dia kesal dengan sikap sesetengah
manusia yang suka melontarkan komen tanpa memikirkan perasaan orang lain.
“Hormat. Baca sampai habis. Faham,” tulisnya ringkas berserta dengan gambar petikan daripada luahannya.
Luahan MK itu turut mendapat perhatian daripada
Nabila sendiri dengan meninggalkan mesej.
“Sebarkan kasih sayang (emoji love) bukan kebencian,” tulis Nabila.
Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh MK itu. Kalau tiada benda baik nak cakap, lebih baik diam. Kalau ada teguran, mesej secara peribadi terus ke tuan badan. Tak gitu? - KitaReporters