Video| Anak 'prank' ibu! Buat kejutan selepas lama tak pulang! Berlakon jadi penghantar bunga!
Published byBAGI sesiapa yang sudah lama tidak pulang ke kampung pasti akan rasa sebak sebaik saja dapat peluang tersebut untuk melihat wajah orang kesayangan kita di depan mata setelah sekian lama tidak berjumpa.
Tular satu video di mana dikatakan seorang abang ini telah memberikan kejutan kepada keluarga beliau terutama ibunya kerana sekian lama tidak pulang akibat terkandas di Singapura akibat COVID-19.
Kita mungkin ada teknologi untuk Video Call (VC) atau panggilan video tapi berjumpa secara berdepan berbanding dalam alam maya ia sesuatu yang sangat berbeza. Perasaan itu akan lebih tersentuh pada saat orang tersayang benar-benar berada di depan mata.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan video tular
Sudah menonton ke video ini? Apa perasaan kalian? Bagi mereka yang sudah lama tidak pulang mesti akan rasa sebak dengan video ini.
Terbayang wajah ibu dan ayah serta adik beradik di kampung. Lagu dalam video ini juga memainkan peranan untuk menyentapkan lagi perasaan mereka yang menonton.
Dapat lihat ibunya yang begitu rindu akan anaknya, pada awalnya membaca kad yang tertulis itu sudah merasa sebak dan ibunya tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja memandang wajah anaknya itu. Kerinduan yang tertanggung sejak sekian lama.
Kita yang kerja dalam Malaysia ini pun rasa rindu tak tertahan jika tidak dapat pulang ke kampung untuk bersua ibu bapa, inikan pula mereka yang bekerja di luar negara. Sedih dan perit itu memang sukar untuk dikatakan.
Video yang di muat naik dalam Twitter ini telah menyebabkan ramai orang sebak dan ada yang rindukan keluarga setelah lama tidak dapat pulang ke kampung.
Namun di sebalik kesedihan ini, ada juga segelintir netizen yang terasa lucu melihat ayahnya yang memakai kain tuala.
Mungkin ayahnya terkejut mendengar anak mereka sudah pulang. Meskipun kelihatan bersahaja tetapi jauh di sudut hati beliau mesti rindukan jua anaknya ini. - KitaReporters