Berita Terkini| 37 ahli jemaah surau dikompaun! Langgar SOP! Tiada pelitup muka, solat berjemaah
Published bySERAMAI 37 ahli jemaah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) selepas menunaikan solat berjemaah di dua surau dalam Mukim Chetok, Tok Uban, di Pasir Mas, Kelantan.
Ketua Polis
Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata, pada 9 malam, 30 Mei 2021, semua individu berusia 20 hingga 70 tahun itu
didapati ingkar SOP sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Sebanyak 28
saman dikeluarkan di masjid pertama yang diserbu, manakala sembilan lagi
diberikan kepada ahli jemaah di surau berlainan pada hari yang sama.
"Mereka
dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, selain menunaikan
solat isyak berjemaah, walaupun sudah sedia maklum tidak dibenarkan sepanjang
PKP ini.
"Tindakan berkenaan sekali gus melanggar SOP termasuk dari segi penjarakan fizikal yang bukan sahaja membahayakan, malah memberi risiko kepada penularan wabak Covid-19,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Selasa 1 Jun 2021.
Mohd
Nasaruddin berkata, sepatutnya masyarakat mematuhi segala arahan kerajaan demi
keselamatan bersama, terutama untuk mengekang kenaikan jumlah mangsa Covid-19
yang semakin meningkat.
Sebelum ini, tular dalam media sosial video memaparkan sekumpulan individu yang ditahan, berselawat di atas lori Black Maria ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter