Berita Terkini| PGA7 rampas 160 bekas ubat batuk bernilai RM192k! Pemandu lori turut ditahan!

Published by
KitaReporters

Antara cecair dipercayai ubat batuk yang dirampas oleh PGA7 di Lati, Pasir Mas, pada 12 Mei 2021. - Kredit foto: Ihsan PGA


BATALION 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas ubat batuk yang dianggarkan bernilai RM192,000 setelah terserempak dengan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan kira-kira 5.30 pagi, pada 12 Mei 2021 di Pasir Mas, Kelantan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA (PGA7) Superintendan Azhari Nusi berkata anggota bertugas yang menjalankan rondaan terserempak dengan lori berkenaan berhampiran sebuah sekolah pendidikan khas di Lati lalu menahan kenderaan itu.

“Selepas perkenalkan diri, anggota meminta pemandu kemukakan kad pengenalan diri serta pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa dan tiada sebarang barangan salah ditemukan.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori mendapati terdapat susunan kotak berisi 160 bekas yang mengandungi cecair disyaki ubat batuk.

“Pasukan PGA kemudiannya menahan pemandu serta merampas barangan termasuk lori untuk dibawa ke Balai Polis Pasir Mas bagi siasatan dan tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan media, pada 12 Mei 2021.

Tambah bbeliau, turut dirampas ialah wang tunai sebanyak RM891 disyaki hasil daripada kegiatan penjualan bahan terbabit yang dipercayai ia dijual pada harga RM1,200 sebekas.

Katanya lagi, hasil soal siasat, suspek mengakui mengambil bekalan dadah ini dari Puchong, Selangor menggunakan lori untuk pasaran sekitar negeri Kelantan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

1
0
0
0
0

Copy Link: