Video| Senandung Melayuku lagu lama! Dirakam pada 1998! M Nasir jadikan sebagai single terbaharu!

Published by
KitaReporters


Dato Mohamad Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Dato M Nasir dengan jolokan ‘sifu’ dalam industri muzik Malaysia diakui seorang seniman yang sentiasa melahirkan karya-karya bermutu dengan mesej tersirat.

Sepanjang 40 tahun dalam industri muzik, karya-karyanya sentiasa dinantikan peminat-peminat namun sudah lama M, Nasir tidak menghasilkan lagu terbaharu apatah lagi sejak pandemik COVID-19 melanda negara lebih dua tahun lalu,

Kali terakhir beliau tampil melalui 'Konsert M Nasir: Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan’ anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 November 2019 dan kemudiannya di Singapura pada 4 Januari 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sifu M Nasir


Kini, pada tahun 2022, peminat M. Nasir berpeluang mendengarkan pelakon ‘Hang Tuah’ , watak yang dipegangnya dalam filem sejarah epik, ’Puteri Gunung Ledang’ itu bangkit dengan sebuah single lagu baharu tetapi lama berjudul ‘Senandung Melayuku’.

Mungkin anda akan tertanya-tanya apa maksud baharu tetapi lama?

‘Tanah ini Kampung Kencana’ ,,, antara kata-kata pujangga yang menjadi sebahagian daripada lirik lagu ‘Senandung Melayuku’ yang dinyanyikan M, Nasir, gubahan oleh beliau sendiri dan juga Brad Parker, seorang komposer yang banyak menulis lagu untuk artis-artis popular Amerika Syarikat  dan Asia seperti antaranya Cher, Richard Page mahu pun Andy Lau di Hong Kong dan Jaya dari Filipina.

Bagaimanapun liriknya telah ditulis oleh Keon Omar dan dirakam pada tahun 1998 sebagai salah satu daripada 4 lagu dalam sebuah projek album antarabangsa hasil kerjasama Luncai  Emas dan bekas syarikat rakaman antarabangsa, BMG ketika itu.


Keon Omar.


Namun pada waktu itu, atas dasar-dasar tertentu, lagu ‘Senandung Melayuku’ bersama dengan sebuah lagu lagi yang berjudul ‘I Have A Name’ , tidak berpeluang untuk dilancarkan lalu hilang tanpa ada rancangan selanjutnya. 

"Walaupun  projek itu terkandas namun empat lagu berjaya dirakam dan salah sebuah lagu itu adalah 'Senandung Melayuku’. Tetapi selepas terkandasnya projek album tersebut, Luncai Emas sendiri tidak berbuat apa-apa untuk meneruskannya. Ada di antara keempat-empat lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi M Nasir. Sebagai contoh lagu 'Dalam' yang liriknya dihasilkan Loloq,” ujar Keon.



"Senandung Melayuku” kini timbul semula sebagai keluaran terbaharu Luncai Emas dan single terbaharu Dato M.Nasir. 

‘’Memandangkan M. Nasir sudah lama tidak muncul dengan single baharu, pihak Luncai Emas mengambil keputusan untuk meluncurkan lagu itu dalam YouTube Luncai Emas Sdn Bhd," kata Keon.

Mengenang kembali saat diminta menulis lirik untuk lagu tersebut, beliau berkata “Saya terkejut. Tak sangka dia minta saya menulis lirik lagu yang dia sendiri akan nyanyikan. Selama bersama dan membantu kerjaya muzik beliau, saya tidak pernah meminta atau bertanya untuk menghasilkan lirik lagu buat beliau.”

Kenang Keon lagi, M Nasir seorang yang mempunyai pilihan untuk menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya di mana kebanyakan lagu, liriknya dihasilkan arwah Loloq atau Rosli Khamis.

“Memang beliau serasi bersama Loloq dan hal itu kita tidak boleh nafikannya, Kita perlu hormat hakikat itu,” ujar Keon.



Tahun lepas, “Senandung Melayuku” juga telah menjadi lagu pembukaan bagi Mathnawi, sebuah dokumentari pendidikan RTM 13 Episod terbitan Luncai Emas, yang menceritakan tentang sejarah karya- karya agung lama Tanah Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Syair Siti Zubaidah, Gurindam 12,  Sulalatus Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Pelayaran Abdullah dan lain-lain lagi. 

‘Ia telah pun ditayangkan di RTM pada awal tahun ini,” jelas Keon sambil memberitahu, ramai yang suka bunyian dalam lagu tersebut dan memgakui kehebatan kolaborasi  M Nasir dan Brad Parker menghasilkan lagu yang sedap didengar halwa telinga.

‘Lagu ini untuk dendangan M. Nasir dan pastilah beliau meletakkan harapan dan jangkaan tinggi untuk saya hasilkan yang terbaik. Alhmdullilah selepas mnghssilkan lagu ini buat pertama kali beliau terus terima dan merakamkan suara,” tambah Keon.

Team Luncai Emas juga berpendapat, walaupun ia bukan karya baharu, namun ia jarang didengar serta tidak diketahui peminat di luar sana dan seterusnya berharap "Senandung Melayuku’  dapat mengubat rindu peminat  M.Nasir dan masyarakat luar di sana yang sentiasa menyokong kerjayanya serta yang pasti sudah lama menanti karya terbaharunya. - KitaReporters


13
11
0
10
1

Copy Link: