Farid Kamil dipenjara! Rosyam pening kepala! Drama gendala!!
Published byDrama yang belum diberi judul itu melibatkan Datuk Farid Kamil Zahari sebagai pelakon utama dan penggambaran sudah diselesaikan sekitar 50 peratus.
Hukuman dijalankan serentak.
Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara 13 bulan.
Menurut Rosyam, Farid Kamil sedang meminta kelonggaran mahkamah untuk menyelesaikan penggambaran sebelum menjalani hukuman.
Rosyam berharap Farid Kamil mendapat kelonggaran mahkamah untuk meneruskan penggambaran, manakala Farid Kamil pula berjanji untuk memberi komitmen penuh jika mendapat kelonggaran pihak mahkamah.
Rosyam menjelaskan dia tidak bercadang untuk mencari pelakon lain kerana penggambaran sudah setengah jalan dan ia boleh mengakibatkan kerugian syarikat.
Tambahan lagi, katanya, watak yang diberi sesuai dibawa oleh Farid kerana berpasangan dengan Lisa Surihani.
Gandingan kedua-dua pelakon ini sesuai seperti gandingan mereka dalam filem ‘Lagenda Budak Setan’ kira-kira 10 tahun lalu.
Di samping itu, Rosyam juga berbincang dengan pihak Astro mengenai masalah berkenaan bagi mencari jalan keluar yang terbaik.
Rosyam pening memikirkan nasib dramanya yang baru 50 peratus selesai. Kredit foto: Iamrosyam
Sementara itu, menurut Rosyam, dia tidak pasti bila penggambaran drama berkenaan dapat disambung kerana masih menanti butiran terperinci prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Selain itu, tambahnya, syarikat perlu memikirkan strategi mengendalikan kerja penggambaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Saya sudah berbincang dengan tenaga produksi dan teknikal mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi sebaik penggambaran bermula," ujarny
Dalam pada itu, dia faham bahawa ketika penularan Covid-19, kebanyakan pemilik premis keberatan menyewakan aset mereka.
Jadi, katanya pihak penerbitan terpaksa memikirkan alternatif untuk menjalani penggambaran di luar dan menggunakan kreativiti yang ada.
Namun Rosyam lega memandangkan kru dan pelakon tidak perlu menjalani ujian swab Covid-19, namun pihaknya tetap menitikberatkan SOP sepanjang penggambaran. - KitaReporters