SUASANA menjadi kecoh seketika selepas S menangkap suaminya seorang pegawai polis berselingkuh dengan teman wanita di sebuah kedai di Kampung Taba Jamekeh, kecamatan Lubuklinggau, Sumatera Selatan pada pukul 2 pagi, 9 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com


KECURIGAAN isteri seorang pegawai polis terhadap sikap suaminya selama dua tahun yang disyaki mempunyai wanita lain akhirnya terjawab apabila dia bersama anaknya menangkap suaminya sedang berselingkuh di sebuah kedai di Sumatera Selatan pada  9 Januari 2022 lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, isteri bernama S bersama beberapa petugas keamanan Balai Polis Libuklinggau menyerbu sebuah kedai tersebut yang terletak di Kelurahan Taba Jemekeh, Kecamatan Lubuklinggau Timur, Kota Libuklinggau


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kes selingkuh


S isteri sah pegawai polis terbabit. - Kredit foto: Tribunnews.com


Suami S yang bernama  SJ, 33, bertugas di Balai Polis Musi Rawas Utara (Muratara) Sumatera Selatan.

Selepas ditangkap kedua-dua pelaku itu dibawa ke Balai Polis Lubuklinggau untuk tindak selanjutnya dan SJ serta teman selingkuhnya pergi ke balai polis tersebut dengan menaiki kenderaannya.

Tangkapan khalwat SJ dengan pasangannya tular dalam media sosial yang turut memaparkan seorang wanita  cuba menghalang sebuah kereta berwarna hitam dipercayai milik suami S.

Dalam video berkenaan juga dilihat suasana kecoh dilakukan oleh S selepas serbuan secara mengejut yang menyaksikan suaminya bersama seorang wanita.


Petugas keamanan Balai Polis Lubuklinggau menyerbu pegawai polis berselingkuh dengan teman wanita di sebuah kedai. - Kredit foto: Tribunnews.com



Memetik laporan  TribunnewsBagor pada 10 Januari 2021, S mulai curiga dengan tingkah laku suaminya yang dipercayai mempunyai wanita lain sejak dua tahun lalu.

Kecurigaan S sebagai seorang isteri kian memuncak setelah perubahan suaminya semakin ketara sejak akhir-akhir ini sehinggakan tidak mengambil tahu perihal dua anak mereka. 

Kata S, rasa curiganya itu telah mendorongnya mencari bukti suaminya punyai wanita lain namun selalu gagal kerana SJ sering berdolak dalih serta tutur katanya amat meyakinkan dirinya.


Kredit foto: Tribunnews.com


Menurut S, perubahan sikap SJ telah lama buatkan hidupnya menderita apatah lagi sehingga tidak memberi nafkah kepada anak-anak.

‘’Selama ini saya sudah cukup bersabar, kamu (SJ) tidak memperdulikan sama sekali dengan anak-anak,’’ katanya di Balai Polis Lubuklinggau dalam rakaman video yang tersebar dalam media sosial.

Dalam video itu,  S turut  memarahi suaminya serta memaki wanita itu yang berada bersama suaminya. Suasana di tempat kejadian itu menjadi kecoh seketika dan orang awam yang melihat keadaan tersebut dikawal petugas keamanan.

Namun S tidak menghiraukan petugas terbabit yang meleraikan kekecohan itu sebaliknya S turut bertindak memukul kereta dinaiki suaminya.

‘’Wow ini mobil anak aku, (wow ini kereta anak saya) kau (SJ) minjam bank (awak pinjam bank), malsukan tanda tangan, kau dak ingat anak kau dua ikok (kamu tidak ingat anak kamu dua).

"Apo gawe kau dalam mobil itu, keluar woy betino (apa kerje kamu dalam kereta keluar woi),’’ jerit S lagi dalam video yang tular. -KitaReporters


S sedang menunggu di kereta suaminya ketika pegawai polis itu ditangkap berselingkuh. - Kredit foto: Trinbunnews.com


S memukul kereta dinaiki suaminya bersama teman wanita. - Kredit foto: Tribunnews.com

9
16
0
11
0

Copy Link: