Tahniah SK Kubang Ikan, SMK Sultan Sulaiman! Muncul juara Pertandingan Gamelan Melayu Tradisional!

Published by
KitaReporters


WALAUPUN tarian gamelan Melayu agak jarang dipertonton kepada khalayak ramai kerana ia banyak dimainkan di istana kesultanan Malayu pada hari kebesaran dan perkahwinan diraja, namun ia masih hidup subur dan berkembang pesat termasuk di Terengganu.

Penggiat seni dan budaya di Terengganu masih boleh menarik nafas lega kerana warisan budaya tersebut tidak pernah diabaikan, sebaliknya ada pihak yang tampil membantu memelihara dan mengembangkan seni tersebut.

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu (JKKNT) melalui Kelab Kebajikan & Rekreasi Kampung Manir telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Gamelan Melayu Tradisional (Piala Tengku Seri Bijaya Raja).



Pertandingan yang berlangsung di auditorium JKKN Terengganu di Kual Ibai, Kuala Terengganu itu adalah, satu usaha pihak berkenaan untuk mengembangkan seni dan budaya warisan bangsa agar terus kekal ddan diminati masyarkat masa kini.

Pertandingan disertai 19 pasukan yang mewakili kelab seni dan budaya serta pertubuhan kebudayaan sekolah-sekolah sebagai menyahut usaha JKKN Terengganu.

Pertandingan itu juga turut disaksikan hampir 3,000 penonton yang membanjiri audotorium dan membuktikan ia masih mndapat sambutan peminat seni setempat.



Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pembangunan) Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak hadir sama menyaksikan pertandingan tersebut. 

Turut hadir, Penolong Setiausaha Kanan (Dasar Kebudayaan MOTAC), Datin Salida Ibrahim; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu,  Samsurin  Meli; serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT),  Ahmad Ridzwan Abd Rahman.

Sebanyak sembilan sekolah menyertai pertandingan akhir bagi kategori tarian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan, SK Tengku Ampuan Intan, SK Sultan Sulaiman 1, SK Gong Pasir, SK Tanjung Gelam, SK (Perempuan) Methodist Kuantan, SK Tok Jembal, SK Wakaf Tapai dan SK Seberang Takir.

Sebanyak 10 sekolah lain pula menyertai pertandingan bagi kategori muzik iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, SMK Sultan Sulaiman, SMK Tengku Mahmud, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu, SMK Tengku Lela Segara, SM Sains Hulu Terengganu, SMK Sheikh Abdul Malik dan SMK Sultan Ahmad Shah, SM Sains Gua Musang, Kelantan dan SMK Damai Perdana, Selangor.



Tun Ahmad Faisal berkata, sambutan pertandingan pada tahun ini (2024) adalah di luar jangkaan dengan penyertaan sebanyak 9 pasukan berbanding 5 pasukan pada tahun yang lalu (2023).

Manakala, mutu gerak tari asas bagi gerak tari Melayu semua peserta dilihat sangat menyerlah.

Katanya, penyertaan pada tahun ini semestinya memberi saingan yang hebat dan membuat juri-juri yang menilai sukar untuk menentukan para pemenang.

“Semestinya penganjuran tahun ini telah memberi penanda aras ang baharu dalam segmen tarian gamelan Melayu tradisional di Terengganu,” katanya lagi.



Keputusan Pertandingan Gamelan Peringkat Negeri Terengganu:

Kategori Tarian:

  1. Johan: SK Kubang Ikan
  2. Naib Johan: SK Tanjung Gelam, dan 
  3. Ketiga: SK Wakaf Tapai

Manakala bagi kategori Muzik:

  • Johan: SMK Sultan Sulaiman, 
  • Naib johan: SM Sains Hulu Terengganu, dan 
  • Ketiga: SMK Tengku Mahmud.

Bagi anugerah Khas Juri kategori muzik, MRSM Kuala Terengganu pula dinobatkan sebagai penerima khas.

Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganuj, Tengku Seri Bijaya Raja.

Bagi penganjuran kali ni, pertandingan dilaksanakan 2 bahagian iaitu tarian dan muzik. Johan membawa pulang wang tunai RM 2,500, Naib Johan RM 2,000 dan tempat ketiga menerima RM 1,500. 

Bagi penyertaan pula, semua kumpulan membawa pulang RM 500.  - KitaReporters


 

7
8
0
8
0

Copy Link: