Video| Tahniah Shila Amzah, Ubai! Mengaku kini di alam asmara! Skuter jadi pencetus! Keluarga restu!
Published byGENAP setahun bercerai pada tahun 2022, penyanyi popular, Shila Amzah (Nur Shahila Amir Amzah),33, mengakui sedang menjalin percintaan dengan seorang pempengaruh (influencer) media sosial dikenali sebagai Ubai atau nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli,25.
Shila mengakui sudah berkawan dengan Ubai yang popular dalam TikTok itu sejak Februari 2022 iaitu setelah bercerai.
“Saya sudah lama selesa berkawan dengan Ubai hingga satu hari ada sesuatu yang terjadi menyebabkan saya ‘eh’ (timbul perasaan sukar digambarkan).
Menurut Shila hubungan mereka sudah mendapat restu ibu bapa serta kenalan dekatnya. Dia mengharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi tentang hubungan mereka.
Dalam sesi siaran langsung bersama itu, Ubai mendedahkan, hubungan mereka terjalin sewaktu Shila penyanyi dalam proses meneruskan kehidupan selepas bercerai.
“Dia baru lepas bercerai dan dia tiada sesiapa pada ketika itu sebagai kawan. Saya mendekatinya serta berada di sisi ketika dia sedih bagi menenangkan keadaannya,” ujar Ubai.
Terdahulu timbul pelbagai spekulasi mengenai perhubungan Shila dan Ubai yang dilihat sangat akrab dalam sosial media sebagai seorang rakan baik.
Bahkan Shila tertangkap ‘kantoi’ menyapa Ubai dengan panggilan ‘yang’ bermaksud ‘sayang’ semasa satu sesi siaran langsung TikTok bersama.
Menerusi sesi siaran langsung dalam akaun TikTok itu, Ubai mengakui, mula menyukai Shila sejak berusia 13 tahun iaitu pada 2011 sebagai peminat. Dan ‘follow’ Shila dalam Twitter.
Namun, katanya, dia mula mendekati Shila ketika penyanyi itu berada dalam fasa kecewa akibat kegagalan rumah tangga.
"Masa itu, Shila baru bercerai dan tiada siapa-siapa. Waktu itu, Shila menangis dalam live TikTok.
Mengenai perbezaan jarak umur, Shila berkata, ia bukan suatu faktor penting kerana pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih berusia, namun tidak berpanjangan.
Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.