Video| Kongsi rezeki! Tindakan wanita kongsi nasi kandar dengan burung gagak dipuji! Tidak kedekut!
Published byTINDAKAN mulia seorang wanita makan bersama seekor gagak atas niat berkongsi rezeki di sebuah restoran mengundang perhatian ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @nazlyofficial, kelihatan wanita itu tetap tenang berhadapan seekor gagak yang terbang kepadanya sehingga mencuri makanannya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan burung-burung
“Kakak ini berkongsi makan dengan burung,” kongsinya ringkas dalam laman aplikasi TikTok.
Rata-rata pengguna media sosial memuji sifat kebaikan yang ditunjukkan oleh wanita itu kepada haiwan serta tidak kedekut untuk berkongsi rezeki.
“Kesian, kelihatan burung gagak itu kelaparan. Kita sebagai manusia perlu tunjuk rasa belas kasihan kepada semua makhluk dari pencipta,” ujar @jef.
“Mungkin gagak ini tengah lapar. Semoga Allah membalas kebaikan kita semua,” jelas @pelesitselatan.
“Terbaik, berkongsi rezeki Allah,” kata @affizal257. - KitaReporters