Video| Erra pilih berdiam diri! Enggan besarkan berita fitnah! Viral gambar berkahwin dengan jutawan!

Published by
KitaReporters


ERRA Fazira adalah antara selebriti yang sentiasa menarik perhatian umum terutama menyentuh kehidupan peribadinya. 

Baru-baru ini kecoh dalam laman sosial, Erra Fazira berkahwin lagi dengan memilih seorang lelaki bertaraf jutawan yang mempunyai jet peribadi sebagai pasangan hidup baharunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon, penyanyi Erra Fazira

Gambar ini menimbulkan tanda tanya Erra sama ada telah berkahwin dengan seorang jutawan.


Menerusi beberapa gambar yang tular dalam Facebook, Erra Fazira atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, yang juga penyanyi, dilihat mengenakan busana pengantin berwarna kelabu.

Turut berada di samping pelakon dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon. Bagaimanapun wajah lelaki itu tidak didedahkan.

Ia membuat masyarakat sangsi adakah berita itu benar atau sebagai gosip sahaja. Adakah benar Erra berkahwin atau sekadar adegan daripada penggambaran drama atau filem?


Ini kerana personaliti cantik ini tidak sepi daripada kehidupan sensasi. 

Ketika namanya sedang memuncak melalui filem ‘Sembilu 1 dan 2’, ‘Maria Mariana’ dan “Tragedi Oktober’ dia bercinta sakan dengan penyanyi rock dan pelakon Awie. 

Mereka melangsungkan pertunangan pada 1996 sebelum akhirnya putus tunang dengan episod kontroversi pada hujung 1998. 

Erra kemudiannya bercinta dengan aggota kumpulan KRU, Datuk Yusry Abdul Halim setelah jatuh cinta ketika sama-sama menjalani sesi fotografi majalah pada 2001. 

Kedua-duanya diijabkabulkan pada 15 Jun 2003. Namun  Yusry melafazkan talak satu pada 26 April 2006.



Pada 2007, Erra sekali lagi menjadi perhatian apabila putus cinta dengan pelakon Hans Isaac. 

Dan tidak lama kemudian Erra bercinta pula dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang ketika itu Ketua Pegawai Operasi (CEO) Suria FM. 

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dengan hanya senaskah al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Pada Mac 2009, Erra dan Emran dikurniakan cahaya mata bernama Engku Aleesya yng kini berusia 13 tahun..

Pada 17 Februari 2014, Erra dan Emran bercerai dengan talak satu. 

Kira-kira lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Ahmad Shahir Zawawi. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019.

Pada Oktober 2021 Erra sekali lagi digossip menjalin hubungan dengan individu berjawatan menteri (kini bekas), namun gosip  itu hilang begitu sahaja.


Erra bersama anaknya Ungku Aleesya

Kini Erra digosip berkahwin dengan seorang jutawan yang punya pesawat peribadi. Adakah ia benar?  

Menurut pengurusnya, Firdaus Faizal, Erra memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab segala spekulasi kerana enggan memperbesar perkara tidak benar.

Katanya, Erra sudah lali dengan dakwaan sebegini, justeru dia memilih untuk tidak melayan cerita tidak benar tentangnya. Tambahnya, Erra tidak bercadang untuk menyaman pihak yang menyiarkan berita fitnah itu.

Menurut Firdaus, gambar Erra memakai busana pengantin itu merupakan babak yang diambil dalam sebuah telefilem yang bakal ditayang tidak lama lagi. - KitaReporters



13
13
0
17
0

Copy Link: